Bab 1 - Stay with Step siblings

587 47 4
                                    

Di rumah Mr.Park...

"Welcome to our house Kim Dahyun and Kim Nahyun" ucap Mr.Park kepada kedua-dua anak tirinya.

"Aik, untuk mereka berdua je. Untuk saya tak ada?" Soal Mrs.Kim dengan nada seakan-akan merajuk.

Mr.Park tersenyum melihat telatah isterinya "Ala chagi, oppa saja nak bergurau" kata Mr.Park. Tangan kanannya memeluk bahu isterinya.

"Masuk lah" pelawa Jimin kepada kedua-dua anak Mrs.Kim dengan acuh tak acuh. Langkah Jimin mula memasuki rumah agamnya.

"Masuklah Nahyun unnie. Saeng" pelawa Joy dengan perasaan gembira. Kedua-dua tangannya mula menarik-narik tangan kanan Dahyun. Manakala Nahyun ditinggalkan dari belakang.

Dahyun hanya mengukirkan senyuman kecil pada Joy. Manakala Nahyun pula memandang Dahyun dengan Joy dengan pandangan meluat. Lalu langkah mereka berdua memasuki rumah rumahnya.

Setelah kaki Dahyun memasuki rumahnya, kedua-dua bola matanya memandang kediaman di dalam rumah Mr.Park. perabot-perabot yang mahal tersusun rapi. Disamping itu, cat berwarna putih memang sesuai dengan kediaman dalaman rumah Mr.Park.

"Sooyoung, tolong tunjukkan bilik untuk Dahyun dengan Nahyun unnie" arah Mr.Park.

"Baik" balas Joy seronok. Lalu yeoja itu menarik lengan kanan Dahyun sekali lagi "saeng, jom pergi bilik saeng" katanya riang.

Dahyun terpaksa berlari kerana tarikan Joy. Nahyun pula mereka berdua ditinggalkan.

"What! Dia tinggalkan aku macam tu je" kata Nahyun dengan nada berbisik. Mulutnya menyumpah seranah pada Joy.

"Gwaenchana. Aku boleh tunjukkan bilik untuk kau" pelawa Jimin.

"Auwww. Gomawo oppa" ucap Nahyun memeluk erat lengan kanan Jimin. Kepalanya diletakkan pada bahu tegap Jimin.

Jimin pula cuba melepaskan tangannya daripada dipeluk dengan Nahyun. Namun usahanya sia-sia.

"Sweet lah kamu berdua ni" ujar Mrs.Kim tersenyum-senyum melihat Jimin dan Nahyun. Begitu juga dengan Mr.Park.

"Biasalah omma. Nahyun kan memang sweet" balas Nahyun tersenyum-senyum.

Manakala Jimin membuat muka meluat. Tidak suka dengan kata-kata Mrs.Kim itu. Dan akhirnya tangan kanannya berjaya dilepaskan. "Kajja pergi bilik kau" kata Jimin.

Jimin mula melangkah menaiki tangga untuk pergi ke bilik baru Nahyun. Manakala Nahyun pula mengikut Jimin dari belakang.

* * * * *

Situasi Dahyun - Joy...

"Welcome to the new bedroom saeng" ucap Joy setelah memulas tombol pintu. Dan pintu itu ditolak perlahan.

Dahyun mula memasuki bilik barunya yang dicat dengan warna turqoise. Seperti warna biru laut. Di katilnya di alaskan dengan warna biru. Yeoja itu suka dengan warna biru laut kerana itu adalah warna kegemarannya.

 Yeoja itu suka dengan warna biru laut kerana itu adalah warna kegemarannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now