Jimin pov

536 42 5
                                    

Di dalam Gereja...

"Saya isytiharkan Park Jisuk dan Oh Sekyung sebagai suami isteri. Kamu boleh kucup pasangan kamu"

Aku hanya memandang ke arah pasangan pengantin yang berada di hadapanku dengan pandangan kosong. Bukan aku tak gembira dengan perkahwinan appa, aku gembira. Cuma aku tak bersedia lagi dengan adanya omma tiri, iaitu Mrs.Kim memerangkap chingu arwah omma aku.

Aku juga tahu yang omma ada pesan pada appa aku supaya berkahwin dengan Mrs.Kim. Pada mulanya Mrs.Kim menolak sekeras-kerasnya permintaan arwah omma, tetapi disebabkan omma kata yang dia ingin tenang dengan aman di alam lain, Mrs.Kim akhirnya bersetuju.

"Oppa, sweet pula Joy tengok omma dengan appa" kata yeodosaeng aku, Joy dengan seronoknya. Tangannya juga menyelit pada tangan kiriku. Memeluk tangan.

Aku menjulingkan mata ke atas. Aku mengaku yang appa nampak serasi dengan Mrs.Kim. Tapi kena lah cover sikit. Tak nak tunjuk senyuman aku pada Joy.

"Hmmm" hanya itu saja yang aku balas. Aku tak tahu nak balas apa yang Joy cakapkan tu.

"Jimin oppa, Kajja kita pergi jumpa omma dengan appa" aku memandang ke arah kanan.

Nahyun

Aku, Nahyun Dan Joy pun bangkit dari tempat duduk. Lalu kami bertiga pergi ke arah appa dan Mrs..

I mean omma

Sebab apa aku kena panggil Mrs.Kim itu omma? Sebab Mrs.Kim dah diisytiharkan sebagai isteri appa. Jadi, kena panggil omma lah.

Sebaik sahaja sampai pada omma dan appa, aku memandang tubuh kecil yang sedang memeluk tubuh omma tiri aku dan kemudian memeluk tubuh appa. Lihat sahaja tubuh kecil itu, aku kenal milik tubuh itu.

Dahyun

"Omma chukahae" ucap Nahyun. Aku lihat Nahyun menolak perlahan tubuh Dahyun yang berada di hadapan omma. Aku tahu dia cemburu melihat keakraban Dahyun dengan omma. Aku pula hanya menggelengkan kepala.

Dahyun ni adalah yeodosaeng kepada Nahyun. Nahyun juga cerita dekat aku yang dia memang tidak suka dengan Dahyun.

Aku ingin membuat pengakuan. Dulu, aku memang pernah menaruh perasaan pada Dahyun. Itupun masa aku di kelas 2 manakala Dahyun di kelas 1.

Tetapi...

Perasaan suka aku pada Dahyun makin lama makin kabur apabila aku terlihat Dahyun tanpa tak sengajanya mencalarkan motor skuter kesayangan aku yang baru aku beli dengan duit hasil usaha aku.

Aku dengan geram masa tu terus sahaja mengambil botol kaca kicap manis itu dan botol kaca itu itu aku hempas sehingga pecah. Dan aku terus ambil tangan kanan Dahyun dan acah-acah sahaja mencederakan tangannya.

Aku tahu apa yang aku luahkan ni memang bodoh. Tapi HEY, motor aku baru beli plus tak guna lagi motor tu sudah calar balar. Lain lah kalau sudah lama digunakan. Dan sejak itu, aku membuli Dahyun.

Aku teringat dulu. Masa aku ingin pergi ke rumah omma tiri aku untuk memberikan makanan yang arwah omma aku buat, aku terdengar suara yeoja lagi menangis teresak-esak sampaikan merayu. Bila aku buka sahaja pintu rumah omma tiri aku tanpa dikunci, aku lihat Nahyun sedang melibas Dahyun dengan tali pinggang peninggalan arwah Mr.Kim.

Aku terkejut melihat keadaan Dahyun seperti itu. Nahyun juga terkejut dengan kehadiran aku. Niat aku ingin menolong Dahyun terbantut apabila otak aku teringat tentang motor kesayangan aku. Lalu, air yang berada di dalam pasu ikan itu aku ambil dan disiramkan pada Dahyun. Aku tahu Dahyun dan Nahyun terkejut dengan perilaku aku. Tapi aku tak kisah.

Aku lihat muka Nahyun dulu tersenyum sinis seperti dalam kepala otaknya sudah memikir yang aku seperti sokong akan tindakannya. Lalu, Nahyun menyambung semula melibas Dahyun tanpa belas kasihan.

"Omma, appa, chukahae Nahyun ucapkan. Semoga Tuhan memberkati hubungan omma dengan appa" ucap Nahyun lagi. Lalu tubuh kedua-dua omma dan appa dipeluknya.

Aku menyedarkan tentang kisah silam itu apabila muka Dahyun memandang aku. Lalu aku melangkah ke arah omma dan appa dan berucap.

"Appa, omma, chukahae" Ucapku dengan senyuman kecil pada omma dan appa.

"Gomawo Jimin-yah, appa nak kamu janji yang kamu kena jaga yeodosaeng tiri kamu ni" peringatan appa padaku. Aku memandang appa yang meletakkan tapak tangannya di atas kepala Dahyun dan digosok seperti seorang bapa yang sayang akan anaknya.

Aku mencebik. Mata aku digulingkan ke atas sebelum memandang semula appa. Dan aku pun balas peringatan appa "Arraseo appa" jawabku ikhlas tidak ikhlas.

"Omma, appa, chukahae" aku memandang Joy yang memeluk kedua-dua omma dengan appa. Aku berdecit apabila melihat Joy mengalirkan air mata tanda kegembiraan.

* * * * *

Di luar gereja...

"Jimin-ah!!"

Aku memusingkan tubuh ke belakang apabila kedua-dua belah telingaku terdengar suara namja memanggil namaku. Ternyata, chingu-chingu aku sendiri. Mereka berenam berlari ke arah ku.

"Jimin, chukahaeyo!!" Ucap V dan Jungkook. #VKook

"Gomawo guys" balasku ucap terima kasih.

"Apa perasaan anda apabila appa anda bernikah dengan seorang wanita memerangkap chingu omma anda?" Soal J-Hope yang seakan-akan seperti wartawan.

Aku membuat muka "😑". Apa benda lah si kuda unicorn ni mengarut.

"Apa kau mengarut ni unicorn? Kau ni. Kalau tak buat perangai kau sehari tak boleh ke?" Kata ku.

Aku lihat J-Hope menggarukan tengkuknya. Aku yang ingin bersuara terbantut apabila sekumpulan yeoja datang ke arah kami.

"OPPA!!!!"

Aku mengulingkan mata ke atas. Dapat aku agak siapa yang datang ke arah kami.

SO.NA.MOO

"Jimin oppa, chukahae" ucap D.ana padaku.

Aku hanya memberikan senyuman kecil sebelum mata ku memandang semula ke arah chingu-chingu aku.

"Oppa, ucap lah gomawo dekat chingu-chingu Nahyun" kata-kata Nahyun membuatkan aku rasa menyampah.

"Oppa?" Kata V yang hendak melepaskan ketawanya. Tetapi dia tahan.

Aku memberikan pandangan yang tajam pada V sebelum mulutnya kembali kepada sedia kala.

Aku memandang semula kearah mereka bertujuh sebelum aku ucapkan 'gomawo' dengan terpaksa. Dah lah aku rimas, Nahyun siap peluk tangan kiri aku yang sasa lagi ni.

"Nahyun-ah, lepaslah. Tak malu ke peluk tangan orang ni" kataku dengan suara yang geram sedikit. Aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan tangan kiri aku yang dipeluk olehnya. Tetapi, hanya sia-sia.

Kuat juga yeoja ni peluk tangan aku.

"Ala oppa. Sekali sekala Nahyun nak juga peluk tangan oppa. Sebab oppa kan dah jadi Oppa Nahyun" katanya.

"Oppa tiri saja ok" aku membetulkan ayatnya itu.

Dan kehidupan ini pun bermula.

🌸🌸🌸

TBC

987 words

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now