TREASURE's DORM
"Aku rasa noona yang selalu datang cafè kita lah dalang. Sebab tu ramai orang tak datang cafè kita."
Jihoon menghentakkan meja dengan mengunakan penumbuknya.
"Hyung ni, tak baiklah buruk sangka dengan orang. Dia datang kedai kita sebab dia suka. Takkan lah orang secantik, sebaik dia nak jatuhkan kita ?"
Sampuk Doyoung. Jihoon mendecit lidahnya.
"Korang tak payah nak percaya dengan perempuan yang acah baik tu. Entah - entah dia ada makna disebalik kebaikan dia."
Dia berdiri lalu mengambil sebuah sampul surat yang berada di atas kabinet.
Lalu dia meninggalkan member - membernya didalam rumah. Dia keluar untuk berjumpa dengan seseorang.
Sesampainya dia di lorong yang sunyi. Seorang lelaki berbadan tegap menghampirinya.
"Jadi, kau memang nak rosakkan business kawan baik kau ? Tak ke nanti diorang cop kau sebagai kawan tikam belakang ?"
Soal lelaki itu dengan senyuman sinis dihadiahkan kepada Jihoon.
"Buat kerja kau sudahlah ! Kalau tak aku upah bomoh lain." Jihoon melemparkan sebuah sampul surat di atas tar.
"Duit tu sebahagian daripada upah kau. Ingat pesan aku eh, kalau kau salah step memang aku penggal kepala kau hidup - hidup."
Kemudian Jihoon beredar ke mana - mana tempat yang ingin dia tuju.
"Tch. Dasar budak mentah." Lelaki itu terus mengambil samput surat yang berisi duit yang banyak.
ORIGINAL POV
Aku mengusutkan rambut aku. Hari ni memang betul - betul sibuk. Bila aku nak tegur Yoonbin mesti dia tak ada.
Setiap setengah jam mesti dia akan pergi tempat kejadian. Sedangkan tugas tu aku yang perlu buat bukan dia.
Semasa aku ralit menyiapkan laporan, tiba - tiba telefon bimbit berbunyi membuatkan aku segera mencapainya.
Sebaik sahaja aku meletakkan gagang di tepi telinga, aku terdengar suara bisikan tetapi tidak berapa jelas untuk aku kenal pasti apa yang dia cakap.
"Hello puan, saya pegawai Na Yura dari balai polis Seoul sedang bercakap. Ada apa yang terjadi ?"
Di talian masih terdengar bisikan. Tapi aku masih tak dapat kenal pasti. Aku mengeluh.
"Hello pua— tit tit." Talian dimatikan oleh pihak sana. Aku sama sekali tidak bergerak.
Sekarang ni bisikan tu bukan sama sekali di dalam gagang, tetapi dibelakang aku.
Aku memejam mata dan hanya mampu berdoa. Tuhan, tolong aku !
" NA YURA !" seseorang memeluk aku. Aku membuka mata dan ianya Yoonbin.
"Eh bukannya kau dekat tempat kejadian ?" Yoonbin menghadiahkan aku senyuman.
"Entahlah aku rasa ada something wrong tak kena dengan aku dan dalam masa yang sama aku risaukan kau."
Aku menghela nafas lega.
" Kau kenapa ? Aku tengok kau berdiri tegak sambil pejam mata ?"
Soal Yoonbin sambil menikam anak mata aku dengan tatapannya yang dalam.
"Tadi ada seorang perempuan telefon balai kita. Then aku jawablah. Tapi dia ada suara bisikan dan talian terputus sendiri. Bila aku letak gagang, aku dengar suara bisikan yang sama dekat belakang aku."
Aku melanggah air botol yang berada di atas meja kerja aku. Peluh di dahi aku lap menggunakan lengan baju.
Entahlah, walaupun ada aircond 5 biji dalam balai ni, aku rasa panas sangat - sangat.
"Aku rasa ada tak kena dengan kau, lepas kau lawat cafè budak - budak tu."
Tersedak aku apabila Yoonbin mention mereka. Aku menggeleng. Diorang masih muda nak buat benda bukan - bukan.
"Eish kau ni, tak baiklah berburuk sangka."
Lalu kami membuat kerja masing - masing.
TBC
YOU ARE READING
✷ coffe𝙚 princ𝗲 メ̼ (𝗧𝗥𝗦𝗥)
Fanfiction❛꒰ 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 "٫🌷࿓᪶ ┆ 彡 Sifat dengki yang terlampau sehingga diri sendiri merana akibat taksub akan menjatuhkan maruah rakan baik sendiri. ╰─➤ start : 24O721 | end : 191221 ﹆ ©han storyline | art by : graphic ezls