"Doktor, macam mana dengan keadaan pesakit ?" Soal aku sambil memandang Hyunsuk yang sedang dirawat oleh beberapa orang jururawat didalam wad.
"Buat masa sekarang, pesakit tak mengalami kecederaan yang berat. Cuma apabila kami selesai mencuci kesemua luka, mungkin ia akan mengambil tempoh yang lama untuk mengembalikan kepada asal tempat lukanya."
Aku cuma megangguk. Doktor tersebut memegang bahu aku.
"Dia takkan apa - apa selagi, kamu semua masih ada. Saya minta izin dulu."
Aku memandang doktor yang semakin menjauhi dari pandangan mata. Lalu mata aku beralih kepada Hyunsuk yang sedang nyenyak tidur selepas beberapa orang jururawat tadi merawatnya.
Aku tak boleh nak lawat dia sebab dia perlukan rehat. Jadi aku terpaksa tinggalkan Yoshi dan Junkyu disini manakala yang lain, aku suruh diorang balik.
Walaupun dah tengah malam, aku perlu siasat punca kejadian ni serta macam mana boleh berlaku secara tiba - tiba.
Sama ada dirancang , atau tidak disengajakan
Ataupun angkara Park Jihoon ?
Aku pun pergi ke Balai Polis untuk menyiasat kejadian ni bersama dengan Yoonbin.
▬▬▬▬▬▬
PARK JIHOON POV
"Bagus kerja kau, Byounggon. Aku memang beruntung dapat kawan macam kau. Terima kasih, aku akan uruskan kematian Hyunsuk dulu."
Tit !
Aku tamatkan panggilan lalu memandang Hyunsuk yang sedang tidur nyenyak.
Senyuman sinis diukir. It's start !
Junkyu dan Yoshi terpaksa balik sebab aku dah menyamar sebagai seorang doktor dimana aku minta diorang balik untuk mudahkan rawatan aku terhadap Hyunsuk.
Jadi aku memasuki Wadnya dan mengeluarkan sebuah jarum yang mempunyai ubat arsenik yang mampu membunuh manusia.
Aku menempatkan jarum di dalam beg berisi air yang membantu menambah air didalam badannya.
Kemudian aku menolak picu jarum dan kesemua cecair arsenik itu masuk kedalam beg itu dengan sempurna.
"Hyung, Jihoon berterima kasih sangat - sangat kepada Hyung sebab layan karenah Jihoon. Tapi sekarang, hyung yang kena berterima kasih kepada Jihoon sebab Jihoon dan tenangkan hyung dan tak perlu fikir tentang budak - budak tu. Semoga tenang disana. "
Aku mengusap rambut Hyunsuk lalu segera keluar dari wadnya sebelum ada yang datang.
berbaki hanya tinggal 11 orang sahaja lagi.
TBC
YOU ARE READING
✷ coffe𝙚 princ𝗲 メ̼ (𝗧𝗥𝗦𝗥)
Fanfiction❛꒰ 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 "٫🌷࿓᪶ ┆ 彡 Sifat dengki yang terlampau sehingga diri sendiri merana akibat taksub akan menjatuhkan maruah rakan baik sendiri. ╰─➤ start : 24O721 | end : 191221 ﹆ ©han storyline | art by : graphic ezls