⸼ ᨓ 19

148 56 9
                                    

NA YURA POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NA YURA POV

Aku memerhati Junkyu yang sedang meratapi makam Hyunsuk.

"Hyung ! Kenapa korang perlu tinggalkan aku ? Aku dah takde siapa lagi dekat dunia ni. Kalau aku diberi peluang, aku nak ikut korang jugak."

Junkyu mengesat air matanya. Dia memandang aku. Haih kesian pulak dekat dia.

"Junkyu jomlah kita balik, dah petang ni. Perut awak mesti lapar kan ?" Aku mengusap bahunya.

Dia tersenyum lalu menggeleng, menolak pelawaan aku untuk membawanya pulang.

"Takpe noona, Junkyu nak ambil angin alang - alang 1 bulan tak keluar rumah." Dia tersenyum dengan matanya merah akibat menangis.

"Okaylah kalau awak kata macamtu. Noona balik dulu, ada apa - apa masalah telefon okay ?"

Dia mengangguk lalu aku pun mula mengorak langkah ke kereta. Aku menghidupkan enjin dan mula memandu ke pejabat.

Aku takut kalau sesuatu benda tak elok berlaku dekat Junkyu. Haih.. Jangan mengarut Yura.

▬▬▬▬▬▬

JUNKYU POV

Aku memerhati kereta yang lalu lalang dijalan raya. Aku mengeluh lalu memandang langit yang kian gelap menandakan hujan akan turun.

"Kalau ini kali terakhir aku hidup, terima kasih Park Jihoon sebab kau dah buat aku kehilangan kawan. Terima kasih Yura noona, sebab tak lelah untuk beri semangat supaya Junkyu boleh teruskan hidup."

"Tetapi sekarang, aku dah nekad untuk tamatkan riwayat aku."

Aku tersenyum. Perlahan - lahan air mata aku jatuh. Tapi aku kena fikirkan perasaan Yura noona. Nanti dia sedih.

Aku buntu. Aku taknak terbabit hal dengan Jihoon tetapi aku akan mati jugak dengan pelbagai cara.

Kalau aku mati, Yura noona macam mana ? Haih..

"Kalau kau nak mati, aku boleh je tolong."

Aku yang sedang menunduk memandang lelaki yang berdiri tidak jauh dari aku tersenyum sinis.

"B-betul ke ?" Lelaki itu mengangguk lalu menghulurkan tangannya untuk aku mengikut dia.

"Urm, maaflah aku tak rela pegang tangan lelaki." Sempat aku meloyar buruk. Yelah, harini hari terakhir aku bernafas.

"Cis, aku bunuh kau sekarang kang." Ugutnya membuatkan aku terdiam. Aku pun mengikut dia sehingga kami bertembung dengan jalan mati.

Yang pastinya jauh dari orang awam. Hmm senang kerja mamat ni.

"Pistol atau Pisau ?" Aku terkejut. Dia memang maksudkan ke ?

"Urm, guna garfu lah senang sikit." Lelaki itu memandang aku tajam. Aku hanya tersengih.

"Guna pistol." Aku menghela nafas aku. Mata ditutup erat.

Maaf Yura noona, Junkyu harap noona takkan cari Junkyu.

"Get ready, satu , dua , tiga." Aku menggengam penumbuk aku.

"Bbang ! Bbang ! "

BYOUNGGON POV

"Innocent betul kau ni Junkyu. Kerja aku dah settle." Aku meninggalkan mayat Junkyu disitu.

Nahas kau Park Jihoon kalau kau tipu aku hidup - hidup.

Aku memandu kereta ke rumah.

▬▬▬▬▬▬

NA YURA POV

Aku memandang Junkyu yang sedang bercakap dengan seorang lelaki.

Tiba - tiba mereka berdua berjalan entah kemana. Baru sahaja aku ingin mengikuti mereka, telefon aku berdering.

"Hello Yoonbin , kau kenapa ?"

"Cakap nak datang balai, mana batang hidung kau sia ?"

"Ish aku dalam tandas awam ni. Tak payah menyibuk lah ! Aku nak keluarkan hajat pun terganggu."

Tit !

Aku menyimpan telefon didalam poket seluar. Tiba - tiba aku nampak lelaki yang Junkyu ikut keluar dari lorong hujung.

Mungkin jalan mati, tetapi Junkyu tiada dibelakangnya. Aku masih memerhati lelaki itu.

Dia masuk kedalam kereta dan mula memandu keluar dari kawasan ini. Aku segera ke lorong dimana lelaki tadi keluar.

Sesampainya aku disana, aku nampak Junkyu terbaring tidak bernyawa disana.

"KIM JUNKYU !!" Aku mendapatkannya. Segera aku menelefon pihak polis dari balai aku dan pihak hospital.

Aku menangis sambil memandang mayat Junkyu.

"Junkyu, awak janji takkan tinggalkan noona ? Kenapa awak mungkir janji ni ? Awak tak sayang noona ke ?"

Aku masih menangis, mengapa ? Apa salah dia sebenarnya ? Park Jihoon, aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara.

Aku terdengar siren kereta polis dan van ambulan. Segera aku mengelap air mata.

"Yura !" Panggil Yoonbin. Aku segera memeluknya.

"Ben, J-Junkyu dah t-takde." Yoonbin mengusap belakang badan aku.

"Sabar Yura. Mungkin ada hikmah disebalik kematian dia. Takpe kita akan sama - sama cari penjenayah dia." .

Aku cuma memandang pekerja yang sedang mengusung mayat Junkyu didalam van ambulan.

TBC

✷ coffe𝙚 princ𝗲 メ̼ (𝗧𝗥𝗦𝗥)                Where stories live. Discover now