Bab 2

11.2K 335 14
                                    

Damia duduk di perpustakaan semasa rehat.Dia malas nak turun ke kantin.Dia cuma menyuruh kawannya untuk belikan makanan untuknya.Dia tak sedar ada orang lain yang memerhatikannya di sebalik kaunter.

Dari tadi Damien perhatikan budak perempuan itu.Perghhh!berani betul budak ni duduk sorang-sorang kat perpustakaan ni.Nasib baik aku ada.Haha.Takpe takpe,kau tunggu ye.Damien sengaja menjatuhkan buku yang tersusun rapi di rak.

Bila Damia terdengar bunyi benda jatuh,dia cepat-cepat berpaling untuk melihatnya.Damia berasa takut tapi pura-pura buat berani.

Kau tak takut?Berani betul budak ni.Aku nak usik lagi sampai dia menjerit.Hahaha.Damien gelak syaitan dalam hati.

"Hihihihihihihihi...hihihi."Damien membuat suara pontianak.

Damia terus menjerit.

"Arghhh!Sape kau?Aku tak kacau pun kan?"Damia menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya.

"Hihihihihihihihi"Damien terus mengusik.

Damia cuba untuk mendengar dengan lebih teliti.Damia pergi ke kaunter sebab suara pontianak tadi lebih jelas kedengaran di situ.Bila Damia nampak lelaki itu yang mengusiknya.Damia terus ambil kamus Oxford yang setebal 8 inci di atas kaunter itu dan mengetuk kepala Damien.

"Hihihi.Aduii aduii sakit!"Damien mengaduh kesakitan sambil menhan kepalanya dengan tangannya.

"Haaa.padan muka!padan muka!"Damia melepaskan perasaan geramnya.

Damien terus lari untuk menyelamatkan diri.Nanti kang tak pasal-pasal benjol macam kepala Shin Chan.

Baru puas hati aku!Huh!Damia melepaskan lelah selepas mengetuk kepala lelaki itu tadi.Eeee,geramnya aku!Kalau aku jumpa dia sekali lagi.Aku nak cincang lumat-lumat lelaki itu.Aku pun terus masuk kelas.Mood membaca dah hilang ke mana.

Damien masih memegang kepalanya.Aduhh,sakitnya kepala aku.Rasa macam berpinar-pinar ni.Mana taknya,kena ketuk dengan kamus Oxford.Kalau dalam cerita Shin Chan,dah benjol bertingkat-tingkat ni.Hafiz,kawannya masuk ke kelas dan membawa makanan yang dipesan oleh Damien.

"Kau apahal?Macam perempuan senggugut je.Hahaha"Hafiz gelakkan Damien.

Damien menjeling tajam kawannya.Bukan nak ubatkan aku ke apa.Gelakkan pulak.Hish!

"Tadi aku kena ketuk dengan minah gila kat perpustakaan.Dia ketuk dengan kamus Oxford wey.Aku rasa kepala aku dah biul ni.Rasa macam nak pengsan pun ada"Damien menceritakan apa yang berlaku tadi.

Hafiz gelak sampai keluar air mata.

Lawak la tu!Lawak!Damien mengambil failnya yang tebal itu lalu mengetuk kepala Hafiz.Biar kau rasa apa yang aku rasa sekarang.

"Aduhh..aduhh!Hahahaha"Hafiz tetap gelakkan Damien walaupun kena pukul.Bukannya sakit sangat pun Damien pukul.Macam perempuan je.

Kawan-kawan Damia naik ke kelas dan berikan makanan yang dipesan Damia tadi.

"Kenapa muka kau macam ayam berak kapur ni?"soal Nea.

"Aku jumpa mamat sengal kat perpustakaan tadi.Dia usik aku."Damia buat muka sedih.

Kawan-kawanku nak tanya siapa mamat tu.Tapi tak sempat sebab cikgu Bahasa Inggeris kelas aku dah masuk.

Huh!benci~

Bersambung

******************************

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now