Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.Aku dan Damia turun menuruni tangga untuk bersarapan dengan mertuaku.Aiseh~aku segan la.Tak selesa lah.Aku cuba control macho plus malu.Aku memaut lengan biniku.Nak tiru drama melayu la katakan.Haha...
"Kenapa pegang tangan saya ni?"Damia menjeling.
"Aku nervous lah.Pegang tangan kau hilang sikit nervous.hihi"Aku tersenyum sambil buat lambang peace.
Damia menjentik dahiku.Aduhh,sakit siot!Teringat balik kejadian masa kat perpustakaan tu.
"Asal kau jentik kepala aku hah?"Aku bengang.
"Saje"Damia membuat lambang peace dan terus berlari turun ke ruang makan.Kuang asam punya bini!Tinggalkan aku macam tu aje.
"Mana suami Damia?"soal Datin Latifah.
"Ada tu."Damia menunjuk ke arah Damien.
Kami berempat makan dengan senyap.
Tiba-tiba,sudu Damien terjatuh.Damia cuba untuk mengambil sudu itu.Pada masa yang sama jugak,Damien menunduk.Mereka berdua terhantuk.Aduhh!Masing-masing menggosok kepala.
"Awak la ni!"Damia memarahi Damien.
"Kenapa pulak?"Damien menjeling.
"Apa ni?Tak baik gaduh depan rezeki"Datuk Lutfi menegur.
Mereka hanya menunduk kerana malu ditegur sedemikian.
"Damia,Damien.Mama dan papa akan bertolak ke Australia esok pagi."Datin Latifah memaklumkan.
"Alaaa mama.Nanti Damia sorang-sorang la kat sini"Damia menangis teresak-esak.
Cengeng betul bini aku ni!Ni yang best nak buli ni.Hahaha...
"Suami Damia yang kat sebelah tu tak nampak ke?Dia la yang akan jaga Damia nanti"Datuk Lutfi memujuk anaknya.
"Tapi...."Damia terus berlari naik ke bilik.
"Alamak!Susahnya ada bini kuat merajuk ni.Dah la aku sorang-sorang je kat sini"Damien bermonolog.
Mama dan papa Damia membuat isyarat supaya aku memujuk Damia.
Aisehh~Ni yang aku paling lemah sekali.Memujuk orang yang merajuk.Tetapi aku naik jugak ke atas.
Damia masih menangis teresak-esak di atas katil.Damien cuba menenangkan isterinya.Damia terus peluk Damien.Damien seperti kelu!Terkejut.Selepas beberapa minit,Damia tertidur di dalam pelukan Damien.
"Jangan tinggalkan aku!"Damia mengigau.
Damien cuma tersenyum dan menarik selimut untuk menyelimutkan isterinya.
Bersambung
******************************
Vote & comment! :)
YOU ARE READING
Awak!Suami Saya?
Teen FictionMereka boleh diibaratkan 'Anjing Dan Kucing'.Berjumpa sikit,ada je yang tak kena.Tak pernah nak berdamai.Hanya satu ikatan sahaja yang boleh buat mereka berbaik.Bukan senang memegang dua status pada masa yang sama. Apakah kesudahannya?Adakah perkahw...