Bab 7

7.2K 403 14
                                    

Harini merupakan majlis akad nikah aku dan Damia.Damien mengeluh.Damien tidak menyangka jodohnya sampai seawal ni.

"Abang!Mari lah turun.Nak pergi rumah Kak Mia ni"Dina yang berada di tingkat bawah menjerit.

Damien turun dengan langkah longlai.Dia memerhatikan dirinya di depan cermin sambil membetulkan sampin dan songkok.Hensem jugak aku ni.Ceh,sempat lagi memuji diri sendiri.aku pun naik kereta dan menuju ke rumah Damia.

Tanganku sejuk tetapi mukaku berpeluh-peluh.Kawan-kawanku,Nea,Yuni,Wanda dan Fira setia menemaniku.Mereka memberi nasihat dan suruh aku bertenang.

"Pengantin lelaki dah sampai"jerit Fira.

Aku berjalan menunduk keluar bilik menuju ke ruang tamu.Aku langsung tidak memandang pengantin lelaki.Dan aku harap dia pun tak pandang aku.

"Aku nikahkan kau dengan anak aku,Damia Izara binti Lutfi dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Damia Izara binti Lutfi dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai"ucap Damien dengan sekali lafaz.

"Sah?"

"Sah"mereka mengangguk.

Dengan sekali lafaz,Damia sudah menjadi isteri kepada Damien Iffat.

Damien mendekatiku dan menyarungkan cincin di jariku.Cantik.Aku menyalami suamiku dan dia memegang dagu bujur sirihku dan mengucup dahiku lama.Ramai yang menangkap gambar kami berdua.Setitis demi setitis air mata Damia jatuh.Bukan kerana sedih,tetapi aku rasa bahagia.Aku akan belajar menyintai suamiku.

Damien memandangku pelik.

"Kenapa kau nangis?Kau sedih ke?"Damien berbisik di telingaku.Aku menggeleng sambil tersenyum.Damien mengajak aku untuk makan di meja pengantin.Mama dan papa cuma buat majlis kecil-kecilan sahaja.Hanya mengajak saudara mara yang terdekat dan sahabat handai.Aku memandang muka Damien.Ya Allah,gelojoh betul dia makan.Aku tergelak kecil.

Malam itu kami kepenatan.Selepas mandi dan solat Isyak berjemaah,Damien mengajakku menonton tv.Lupa pulak nak cakap,majlis ni diadakan di rumah Damia.

"Teman aku tengok tv.Aku segan la"Damien memujuk.Walaupun aku penat dan mengantuk.Tapi aku tetap menurut katanya.Mama dan papa berada di tingkat bawah.Hanya Damien dan aku berada di tingkat atas.Damien khusyuk melayan Running Man.Tak sampai setengah jam,aku bangun dan ingin menuju ke bilik.Tetapi tanganku dipegang oleh Damien.

"Awak,saya ngantuk la.Nak tidur ni"kataku menahan ngantuk.

"Boleh kalau kau nak tidur.Tapi kena buatkan aku air milo dulu.Hehe"Damien tersengih sambil buat peace.

"Emmm.yelah"kataku menuju ke dapur.Semasa aku naik ke tingkat atas,aku tengok Damien dah lesap.Masuk bilik dah kot.Aku membuka pintu bilik dan Damien dah tidur di atas katilku.Ishh!Penat-penat aku buat air untuk dia.Boleh pulak dia tidur.Aku terus melempar sebiji bantal ke arahnya.

"Adik!Jangan la kacau abang.Abang nak tidur la"katanya sambil mata tertutup.Aku gelak.Dia terus terbangun dan menjerit.

"Ahhh!Kenapa ada perempuan dalam bilik aku ni?Keluar keluar.Syuhh"

Aku gelak sakan.

"Hahaha.Awak ni nyanyuk ea?Saya kan isteri awak."jelasku.

Damien menggaru-garu kepala seperti cuba mengingati sesuatu.Muka Damien nampak merah menahan malu.

"Tepi sikit,saya nak tidur ni.Ni katil saya"aku menolak Damien.

"Eh takleh takleh.Kau kena tidur tempat lain"Damien memarahiku.

"Kenapa pulak?Ni kan katil saya."Aku tak puas hati.

"Kau kena ikut cakap suami kau ni.Kau tidur kat sofa.Syuhh syuhh"Damien memberi arahan dan terus tidur tanpa menghiraukan aku.

Eeeeeee!!Geramnnya aku.Takpe,harini hari kau.Esok lusa aku akan pastikan kau tak dapat tidur atas katil ni walaupun secebis.Damia mengenggam buku lima.Oleh kerana letih sangat,Damia tertidur di atas sofa.

Pukul 3 pagi,Damien terjaga dari tidur."Ish,kesian pulak kat dia tidur atas sofa"Damien pun mengangkat Damia naik ke atas katil.

Keesokan paginya,Damia sudah berada di atas katil empuknya.Dan lengan Damien berada di atas perutnya.Aik.Bila masa pulak aku naik atas katil ni.Bukan ke aku tidur atas sofa ke semalam?

"Ahhhhhhh!"Damia menjerit.

"Apahal kau jerit pagi-pagi ni?"marah Damien kerana menganggu tidurnya.

"Awak ada buat apa-apa ke kat saya semalam?"soal Damia takut-takut.

Damien menggaru-garu kepala dan tercetus satu idea untuk mengenakan Damia.

"Emmm.kalau ada,kenapa?"Damien tersengih.

Muka Damia nampak merah.Malu mungkin.

"A a apa awak buat kat saya?"Damia menjadi gagap secara tiba-tiba.

"Aku cuma angkat kau je semalam.Mana ada buat perkara lebih-lebih pun"Damien merasa kasihan tengok muka bini dia macam ketakutan.

Damia mencubit lengan Damien.Eeee.geramnya aku!Damia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Kedengaran gelak tawa Damien tambah menyakitkan hati Damia.

Bersambung

*****************************

Please vote and comment!

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now