Bab 19

6.8K 354 37
                                    

Damia termenung di tepi kolam ikan rumah mertuanya.

Dari jauh,Damien memerhatikan gadis berambut panjang paras pinggang sedang termenung.Sampai sekarang dia masih tak boleh mengingati siapa gadis itu.Timbul idea nakalnya untuk mengenakan gadis itu.Dia mengambil paip air dan secara senyap-senyap dia berdiri di belakang isterinya dan menyembur air kepada Damia.

"Haaaa,termenung!"Damien menjerkah.

"Waaaa"Damia terkejut lalu terjatuh ke dalam kolam ikan.

Dia meminta tolong.Damien gelak.

Damia tidak timbul-timbul.Damien panik lalu terjun ke dalam kolam ikan tersebut.Dia menyelamatkan isterinya.

Pasangan ini basah kuyup.

"Korang berdua buat apa ni?"jerit Puan Dahlia.

Mereka terus berlari masuk ke dalam rumah kerana takut dibebel oleh Puan Dahlia.

"Kenapa korang ni?Macam kena kejar hantu.Lagi satu,kenapa basah kuyup ni?"tanya Rara.

"Budak ni haa.Lemas.I la yang kena selamatkan dia."Jelas Damien sambil menjeling isterinya.

"Awak tu yang kacau saya."Damia membalas.

Damien mencubit kedua-dua belah pipi Damia kerana geram dia sudah pandai menjawab.

"Damien!Jangan la buat dia macam tu"tegur Rara.

Damia menangis.Dia berjaya melepaskan diri dari suaminya.

"Biarlah I nak seksa dia.Jangan sibuk lah!"Damien memarahi Rara.

"Sukahati awak lah.Kalau awak tahu siapa dia.Mesti awak akan menyesal"jerit Rara bengang dengan sikap Damien.

Damien terus masuk ke biliknya untuk membersihkan dirinya.

Petang itu,Damien beriadah di taman rumahnya.Kedengaran bunyi enjin motor membunyikan hon.

"Oh posmen."Damien mengambil surat dari posmen itu dan membaca nama pemilik surat itu.

"Damia Izara"Damien terfikir seketika.
'Nama budak tu ke?'

Selepas beberapa saat berfikir,lalu Damien mengambil keputusan untuk tidak ambil kisah dan meletakkan surat itu di atas meja di ruang tamu.

Damia keluar bilik.Dia ternampak ada surat di atas meja.Dia tertarik untuk mengetahui apa isi dalam surat itu.

"Surat ni untuk aku lah."Muka Damia ceria.
Dalam hatinya bersyukur kerana dia dapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Bersambung
*********************

P/s:next chap.saya update lambat sikit.I'm sorry readersMinta maaf kalau chap.ni pendek.Harap terhibur.

Thanks kepada yg sudi baca,vote dan komen.Saya sgt hargai. :)

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now