Damia mengemaskan buku-buku Damien.Buku berselerakan atas lantai,tapi tuannya dah tidur dah pun.Kuat betul Damien study sejak kebelakangan ni.Sebelum ni pun study jugak,tapi sekarang ni buku-buku rujukan lah isteri Damien.
Perubahan ni tak membuatkan Damia cemburu pun,tapi risau.Study sampai tak bergaul dengan orang lain.
Damia mengambil bantal dan selimut untuk diselimutkan badan Damien yang tertidur di atas lantai,kemudian merebahkan dirinya sebelah Damien.
Kena cukup rehat,Esok hari penting.SPM.
Sebelum Damien melangkah ke dewan peperiksaan,dia mencium ubun-ubun isterinya dan meminta doakan dia dapat jawab dengan tenang.Damia memgangguk.
Di dalam kelas,Damia cuma termenung mengenangkan kisah-kisah lama yang dia pernah buat dahulu.Dia rasa sangat bersalah dengan suaminya.Dah hampir 3 bulan mereka mendirikan rumahtangga,tetapi tidak sekalipun Damia memohon maaf.Damia merasakan dirinya sangat jahil.Kawan-kawan Damia datang ke mejanya.
"Damia,kenapa kau tak turun makan?"tanya Yuni.
"Aku takde selera la.Aku risaukan suami aku yang tengah exam dalam dewan sana"muka Damia nampak murung.Kawan-kawan Damia pergi meninggalkan dia keseorangan melayan perasaan.Bukan sebab tak kish tapi mereka tahu Damia perlukan masa untuk bersendirian.
"Bosannyaa.Baru je excited nak belajar akaun.Tup tup,cikgu tak datang pulak.Ni yang aku takde mood ni"Damia mengeluh.
Kawan-kawannya gelak.Damia merenung tajam membawa maksud "Pehal korang ni??"
"Macam lah kitaorang tak tahu yang kau tu sejak pagi tadi lagi takde mood.Biasalah kan orang dah ada suami.Mood selalu up and down.Hahaha"Semua gelak.*knock knock*
"Boleh saya jumpa Damia sekejap?"tanya Damien.
"Oiii Damia.Ada abg senior nak jumpa kau"Jerit salah seorang budak kelas Damia.
Bila terpandang muka Damien depan pintu,Damia terus berlari memeluk suaminya.
"Oiii oiii,agak-agak lah Damia.Tahu lah korang dah halal.Tapi ini sekolah.Nanti junior-junior nampak nanti macam mana.Tak ke jadi ikutan.Kalau nak peluk,balik rumah.Korang boleh peluk puas-puas taknak lepas pun takpe"salah seorang kawan Damia membebel.Pipi Damia dah mula jadi pink kemerah-merahan.Damien hanya tergelak kecil.
Bersambung
************************P/s:sorry reader sbb dah lama gila gila berbulan tak update.Hoho.Harap dimaafkan ye.
YOU ARE READING
Awak!Suami Saya?
Teen FictionMereka boleh diibaratkan 'Anjing Dan Kucing'.Berjumpa sikit,ada je yang tak kena.Tak pernah nak berdamai.Hanya satu ikatan sahaja yang boleh buat mereka berbaik.Bukan senang memegang dua status pada masa yang sama. Apakah kesudahannya?Adakah perkahw...