Bab 4

8K 325 15
                                    

Damia dan kawan-kawannya berjalan untuk ke kantin sekolah.Seperti biasa,Damia,Nea dan Yuni membelikan makanan untuk mereka berlima.Sementara dua orang lagi kawannya membooking tempat untuk mereka.Damia menuju ke tempat membeli air.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan air yang dibelinya tadi tertumpah di atas baju orang yang dilanggarnya tadi.

"Hey!Apa yang kau buat ni?Tak nampak ke?"jerit Damien bengang dengan sikap perempuan yang melanggarnya tadi.

"Awak yang usik saya kat perpustakaan haritu kan?Memang padan la dengan muka awak.Ni balasannya"Damia geram dan meninggalkan lelaki itu begitu saja.

"Kurang ajar betul kau ni kan?Dah lah langsung tak mintak maaf.Tengok ni!Habis baju aku"Damien menghamburkan amarahnya.

Semua budak sekolah itu seperti patung cendana menyaksikan pergaduhan mulut antara Damien dan Damia.

"Aku rasa aku tak perlu nak mintak maaf.Bye"Damia bermonolog

Hafiz datang untuk menenangkan Damien.Damien memang panas baran.Tapi memang susah nak tengok dia marah-marah.

"Dah la tu Damien.Budak-budak lagi tu."Hafiz cuba untuk pujuk Damien.

Damien terus pergi ke tandas untuk membersihkan bajunya.Mulut Damien terkumat-kamit menyumpah seranah perempuan itu.

Damia terus masuk ke kelas membiarkan kawan-kawannya yang sedang makan di kantin.Dia sudah hilang selera untuk makan selepas bergaduh dengan lelaki itu.Selepas 10 minit dia berseorangan di dalam kelas,seorang demi seorang masuk ke kelas memandangkan masa rehat sudah hampir tamat.Kawan-kawan Damia berlari masuk ke kelas kerana mereka takut Damia buat sesuatu di luar jangkaan.

"Wey Damia!Kenapa tak makan?Risau kitaorang tadi tau.Kitaorang dengar kau gaduh dengan abang senior form 5 tu.Cer citer"soal Wanda.Mereka terangguk-angguk.

"Korang ingat tak mamat yang usik aku kat perpustakaan tu?"Mereka mengangguk menandakan diaorang ingat kejadian itu.

"Mamat yang aku langgar tadi tu lah yang usik aku haritu.Aku langsung tak mintak maaf dengan dia."Aku menceritakan dengan tenang.

"Ooooo."Mulut mereka terlopong dan terangguk-angguk.

Dan,cikgu Prinsip Akaun masuk ke kelas.

Balik dari sekolah,Damien seperti tercari-cari budak yang melanggarnya tadi.Dia ingin membalas dendam.Tetapi tak jumpa.Ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing.Damien menghidupkan enjin motornya dan terus pulang ke rumah.

"Damia!Damia!Turun makan."jerit Datin Latifah.

Damia menuruni tangga untuk ke ruang makan.Damia tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi hakikatnya hati dia menyembunyikan perasaan marah akibat kejadian di sekolah tadi.Mereka sekeluarga makan dengan tenang.Sesudah makan,Datuk Lutfi mengajak mereka ke ruang tamu.

"Damia,actually mama dan papa nak bagitau something kat sayang"raut wajah Datin Latifah seperti berkerut-kerut.

"Apa dia mama papa?"Damia memandang kedua orang tuanya silih berganti.

"Papa dan mama kena ditukarkan ke Australia.Minggu depan kitaorang akan bertolak"Datuk Lutfi menjelaskan.

Muka Damia berseri-seri.Damia ingat dia juga akan ikut mereka pergi ke Australia.

"Ye ke?Damia boleh pergi kan."tanya Damia tidak sabar.

"Sorry sayang.Damia kena habiskan belajar kat sini dulu.Damia kan SPM tahun depan?"Datin Latifah tersenyum hambar.

Damia sedih kerana bakal ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.

"Habistu?Damia nak duduk dengan sape?Damia anak tunggal"Damia menahan air matanya supaya tidak jatuh.

"Petang nanti kita pergi ke rumah kawan mama.Damia masih ingat Puan Dahlia kan?"Datin Latifah tersenyum.

"Ingat ingat.Tak sabarnya"Damia menunjukkan senyuman palsu.

Puan Dahlia sedang menyediakan makanan.Puan Dahlia sudah diberitahu oleh Datin Latifah yang mereka akan datang ke rumahnya petang ini.Dina turut menolong mamanya.

"Siapa nak datang rumah kita ni mama?"soal Dina.

"Kawan mama.Dina ingat lagi tak Kak Damia?Diaorang nak datang rumah kita harini"jelas Puan Dahlia sambil mengusap rambut Dina.Dina melompat-lompat kegirangan.Dia sangat rindukan Damia.Walaupun mereka baru jumpa sekali,tetapi sikap peramah dan penyayang Damia membuatkan Dina menganggap Damia itu kakaknya.

Petang itu,Datuk Lutfi,Datin Latifah dan Damia sampai ke rumah Puan Dahlia.Puan Dahlia menjemput masuk tetamunya.Dina terus memeluk Damia apabila Damia masuk ke dalam rumahnya.Damia tersenyum kerana merasakan seperti dia mempunyai seorang adik.Puan Dahlia dan suami mempersilakan tetamunya untuk makan dahulu.Selepas itu barulah mereka akan berbincang.

Damien yang sedang berada di biliknya turun untuk mengetahui siapa tetamunya.Dari tingkat atas lagi,Damien melihat seorang gadis yang bertudung dan sedang berbual mesra dengan adiknya,Dina."Cantik"detik hati Damien.

Damien bersalaman dengan Datuk Lutfi.Gadis itu masih leka berborak dengan Dina.Damien mengambil tempat berhadapan dengan Damia.

"Sebenarnya,besar hajat kami ke mari."Datuk Lutfi memulakan perbincangan.

"Damia tidak mengendahkannya.

Puan Dahlia cuma tersenyum.Awal-awal lagi dia sudah diberitahu hajat mereka bertandang ke rumahnya.

"Sebenarnya,minggu depan kami akan bertolak ke Australia.Memandangkan kami tiada sedara yang lain.Jadi kami nak mintak tolong Puan Dahlia dan Encik Dahlan untuk menjaga anak kami."jelas Datin Latifah.

"Kami pun terima dengan hati terbuka untuk menjaga anak awak.Tetapi sayangnya kami ada anak lelaki.Apakata,kita kahwinkan mereka"jelas Puan Dahlia tenang dan memberikan cadangan yang bernas.

Damien dan Damia terus berpaling ke arah Puan Dahlia.

Barulah Damia perasan lelaki yang berada di hadapannya ialah lelaki yang mengusik dan dilanggarnya tempoh hari.

"Awak!"mereka menjerit dan menuding jari ke arah satu sama lain.

Ibu bapa mereka terkejut.

Bersambung

*****************************

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now