Keesokan paginya mereka sekeluarga iaitu Datuk Lutfi,Datin Latifah,Damia dan Damien bersiap-siap untuk ke lapangan terbang (KLIA).Ibu bapa Damien tidak berkesempatan untuk menghantar ibu bapa Damia kerana ada hal mustahak.Sejak pagi tadi lagi,Damia masih senyap.Sepatah yang ditanya,sepatah yang dijawab.Damien merasa bosan.
"Sayang~"Damien cuba untuk berbual dengan isterinya.
"Hemmm."Damia cuma menjawab acuh tak acuh sambil memandang ke arah luar tingkap kereta.
Damien berfikir sejenak.
'Apa aku nak buat ea?Nak buat dia happy dan gelak'
"Sayang!"Damien menjerit di telinga Damia.
Damia seperti agak terkejut.
"Hah?Apa awak panggil saya?"
"S-A-Y-A-N-G"Damien mengeja satu-satu dengan jelas.
"Apa dia?Tak dengar.Dah lama saya tak korek telinga"Sebenarnya Damia dengar tetapi saje Damia pura-pura buat tak dengar sebab Damia suka bila Damien memanggilnya dengan panggilan sedemikian.
"Sayang,sayang,sayang,sayang.Hadoii.Penatlah saya macam ni."Damien tengok Damia gelak tetapi cover dengan tapak tangan.
Damien menggeletek pinggang Damia.Damia dah tak tahan sangat,Dia melepaskan gelak dengan kuatnya.
"Hahahahaha.Awak,jangan la geletek saya.Sakitlah!"Damia pura-pura merajuk.
"Pandai sangat kan nak main-mainkan saya.Tu la makan dia"Damien tersenyum.Sejujurnya,Damien suka bila mengusik dan mendengar tawa Damia.
"Okey-okey.Surrender.Hehe"Damia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengaku kalah.
Ibu bapa mereka cuma melihat mereka berdua bergurau.Mereka tersenyum.
"Mama,pukul berapa flight mama?"soal Damia.
"Pukul 10.30 sayang"Datin Latifah tersenyum memandang anak tunggalnya.
Damien tahu Damia sedih.Walaupun Damia nampak happy.Tetapi Damien tahu jauh di sudut hati Damia,dia sedih.Damien menggenggam tangan Damia.Acah-acah sweet kan?Heee
Sampai di lapangan terbang.Damien membantu mertuanya mengangkat bagasi-bagasi dari bonet kereta.
Semasa Datuk Lutfi dan Datin Latifah nak berangkat.Mereka berdua memeluk Damia.Damia tu,tak payah cerita la.Semua air keluar.Damia menangis semahu-mahunya.Datin Latifah juga menitiskan air mata.Tetapi cepat-cepat lap.Datuk Lutfi pergi ke arah Damien.
"Damien,tolong jaga baik-baik anak papa ye.Papa percayakan Damien.Tolong jangan hampakan papa."pesan Datuk Lutfi sambil menepuk-nepuk bahu Damien.Damien terus memeluk bapa mertuanya.Damia memandang ke arah Damien dengan sayu.Dia percaya yang Damien akan menjaganya dengan baik.
"Ok lah.papa dan mama dah kena pergi ni.Jaga diri baik-baik.Jangan gaduh-gaduh.Nanti kitaorang sampai,kitaorang bagitau ye.Bye,Assalamualaikum"Datin Latifah dan suami berlalu pergi.
Setelah kapal terbang yang dinaiki oleh ibu bapa Damia dah bergerak,Damien mengajak Damia untuk pulang.Damia masih kaku di tempat tadi.Damien cuba mengangkat muka Damia dan mengelap air mata yang hendak terkeluar dari tubir mata Damia.
"Dah la tu sayang.Nanti kita skype dengan diaorang okey?"Damien mengenyit mata ke arah Damia.
Damia tersenyum.
Semasa di dalam kereta,Damia tertidur di sebelah kerusi pemandu.
'Haih.penat agaknya nangis tadi'Damien bosan memandu sorang-sorang.Takde peneman.Kalau pasang radio pun,takde lagu-lagu best.Damien membuka dashboard dan tengok kalau-kalau ada CD yang best.Haaa,jumpa album Selamat Malam Cinta-EM.Siapa entah dia ni.Bertopeng pulak tu.Hahaha.Damien terus memasukkan CD ke dalam radio.Berkumandanglah lagu Rindukanlah.
'Best jugak lagu ni'Tiba-tiba,Damia terjaga.
"Eh,awak ambik CD dari mana ni?"soal Damia.
"Tu haa.Ambik dalam dashboard.Kenapa?"
"Takde pape.Awak,jom shopping."pinta Damia sambil buat puppy face.
"Alololo sayang.Tak payah buat muka macam tu pun saya akan tunaikan."Damien tergelak.
Bersambung
*****************************
(Please vote&comment)
YOU ARE READING
Awak!Suami Saya?
Teen FictionMereka boleh diibaratkan 'Anjing Dan Kucing'.Berjumpa sikit,ada je yang tak kena.Tak pernah nak berdamai.Hanya satu ikatan sahaja yang boleh buat mereka berbaik.Bukan senang memegang dua status pada masa yang sama. Apakah kesudahannya?Adakah perkahw...