Bab 13

7.9K 391 22
                                    

Cuti persekolahan telah bermula.Mereka berdua sedang menonton televisyen di rumah.

"Awak,cuti-cuti ni tak nak pergi mana-mana ke?"tanya Damia.

"Emm.."Damien masih ralit menonton televisyen.

Damia memandangnya geram.

"Awak!!"Damia menjerit di tepi telinga Damien.

"Apa?!"Damien meninggikan suara kerana isterinya mengganggu fokusnya untuk menonton cerita kegemarannya.

Damia menarik muncung.
"Merajuk lettew"fikir Damien.

Damia terus menuju ke bilik mereka yang berada di tingkat dua.

Selepas 2 jam menonton cerita kegemarannya,Damien naik ke bilik.

Damien mengetuk pintu berkali-kali tetapi tak dibuka.

"Sayang!Buka pintu ni sekarang!"jerit Damien dari luar.Sejak mereka mendirikan rumah tangga selama sebulan ini,panggilan 'sayang' tu dah menjadi kebiasaan bagi Damien.

Selepas menunggu hampir setengah jam sampai kering tekak Damien menjerit,barulah Damia membuka pintu.Damia seperti baru bangun tidur.

"Lain kali,tak payah la bukak pintu."bentak Damien.

"Okey"Damia menutup pintu tetapi sempat dihalang oleh Damien.
"Tahu takut"gelak Damia dalam hati.

Damien menjeling seperti mahu menelan isterinya.Kecik besar,kecik besar je dia ni.

Damien menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Damia hanya memerhatikan Damien.Damia sudah siapkan sejadah untuk Damien.

"Sayang,jom solat"Ajak Damien.

Damia menggeleng-geleng.

"Kenapa tak nak solat?Nanti dosa sayang tu,saya yang tanggung tau" Damien seperti ingin memarahi isterinya.

Damia tergelak kecil.Memang sah,dia tak paham.

"Kenapa gelak?Dah,jangan degil.Pergi ambil wuduk.Saya tunggu"Damien memberi arahan.Damia cuba mendekati suaminya dengan gaya yang menggoda atau lebih dikenali sebagai 'catwalk'.

"Sayang!Stop situ.Jangan datang dekat.Batal air sembahyang saya nanti.Dah,pergi ambil wuduk sekarang"muka Damien pucat.

Damia berbisik di telinga suaminya dengan suara yang amat romantik.

"Sayang awak ni ABC"jelas Damia dengan lirikan mata.

"Hah?ABC?Awak mengidam ke?"Damien menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Aduhai.Bengapnya suami aku ni"

Damia menampar dahinya.

"Kenapa tampar dahi tu?"soal Damien dengan muka pelik.
"Pelik betul bini aku ni.Tadi ABC,ni tampar dahi pulak.Macam-macam lah.Ke bini aku ni Alien??"terdetik di hati Damien.

"Eh takde lah.Nyamuk je"jawapan spontan Damia keluar.

"Dah.Jangan mengada.Pergi ambik wuduk.Takde nyamuk time-time macam ni."tegas Damien.

"GRRRR!Saya period.Tak boleh solat.Takkan lah itu pun awak tak tahu?'ABC' tu maksudnya Allah Bagi Cuti.Takkan selama ni awak tak pernah dengar perkataan tu?"Damia bengang dengan sikap blur suaminya.

"Ooo.Mana lah saya tau.Ni first time saya kahwin.Kalau mama saya period pun.Dia tak pernah bagitahu saya."jelas Damien.

Damia mengetap bibir.
"Ada-ada je jawapannya.Aku cekik jugak dia ni kang"

"Dah lah.Saya nak solat.Lain kali bagitau la awal-awal yang sayang  tak boleh solat.Takdelah saya lewat nak solat.Hishh"bebel Damien.

Damia terus menuju ke dapur untuk bermain dengan Dina.Dia stress dengan suaminya.Dah lah blur pulak tu.

**************************

Bersambung...

Assalamualaikum and hello guys!Akhirnya selesai sudah exam PKBS 2.Alhamdulillah~
So,please vote and comment!
Muah!

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now