Bab 3

9.2K 315 0
                                    

Kringg!Kringg!

Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran sudah tamat.Pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.Ada sesetengah pelajar yang masih berada di dalam kelas.Tak tau la buat apa.Jumpa kekasih mungkin.Damia membuat andaian secara kasar.

Damia dan kawan-kawannya berjalan beriringan di kaki lima kelas.

Tiba-tiba ada sebuah motor lalu dan membunyikan hon.Yuni terus melatah memandangkan dia memang kuat melatah.

"Eh eh.motor gila!"Yuni melatah.

Kami gelak sekejap dan memandang ke arah orang yang membunyikan hon tadi.Lelaki itu membuka cermin topi keledarnya dan tergelak kecil.Mungkin lucu dengar Yuni melatah.

Damia cuba mengingat balik muka lelaki itu dan ting!Kengkonon ada mentol menyala atas kepalanya.

"Eh jap.awak ni mamat kat perpustakaan tadi kan?"Damia menuding jari ke arah lelaki itu.

Muka Damien terkejut dan terus turun dari motornya.

"Kau yang ketuk kepala aku tadi kan?"Damien menuding jari ke arah Damia.

Kawan Damia cuma menyaksikan mereka berdua bergaduh.Mulut mereka terlopong.Selepas beberala minit bergaduh mulut,barulah Damia tersedar yang dia dah lewat nak balik.Mesti papa dah lama tunggu.Damia mengajak kawan-kawannya dan membiarkan lelaki itu terpinga-pinga.

Shit!Dia boleh blah macam tu aje.Damien menyepak motornya untuk melepaskan geram.Damien mengaduh sakit dan terus naik motor pulang ke rumahnya.

"Sayang,petang ni kita pergi rumah kawan mama ye.Cepat-cepat siap tu."Datin Latifah memberitahu anaknya.

"Okey mama"Damia tersenyum dan kembali menghadap Ipadnya.

Damien sedang berenang di kolam renang di rumahnya.Dina,adiknya pula cuma merendamkan kakinya di dalam kolam renang.Damien memercikkan air ke arah adiknya.Damien memang suka mengusik adiknya.Lagipun hanya mereka dua beradik saja.Dina anak bongsu.

"Eeee...abang ni!Jangan la kacau adik.Adik tak nak basah."Dina memuncungkan bibirnya tanda protes.

Damien hanya tergelak dan terus mengusik adiknya.Damien menyelam dan menggeletek kaki adiknya.

"Hahaha.Abang.Hihihi...Geli lah!Mama,tengok abang ni.Hahaha"jerit Dina kegelian dan memanggil mamanya.

Mamanya yang sedang menyediakan kuih dan minuman untuk santapan petang terus pergi ke kolam renang.

"Damien,jangan la kacau adik tu.Mari naik.Kita minum petang"Puan Dahlia menyuruh anaknya minum petang bersama.

"Mama,papa mana?Tak balik lagi ke?"soal Dina.

"Papa outstation 3 hari."jelas Puan Dahlia.

"Nanti petang ni kawan mama nak datang tau."jelas Puan Dahlia lagi.

Dina cuma terangguk-angguk.Damien pula seperti terfikir sesuatu.

"Eh mama.harini Damien nak pergi main futsal la.Dah janji dengan kawan Damien.Sorry ma"Damien meminta maaf.

"Tak apalah.Tapi jangan balik lambat tau.Nanti mama rotan"Puan Dahlia memberi amaran.

Damien cuma tersenyum dan buat tabik hormat.

"Assalamualaikum."Datin Latifah memberi salam.

"Waalaikumussalam.Masuklah Latifah"Puan Dahlia menjemput masuk tetamunya.Puan Dahlia dan Datin Latifah berpelukan.Almaklumlah lama tak jumpa kan.Damia cuma tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Dahlia.Walaupun mereka tak pernah berjumpa tapi Damia tetap menunjukkan sikap hormat orang tua.

"Dina ooo Dina.Mari turun,kawan mama datang ni"Puan menjerit memanggil anak bongsunya.Kelihatan seorang budak kecil molek dan bertocang dua menuruni tangga dan tersenyum.Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Latifah dan Damia.Dina mengambil tempat duduk bersebelahan mamanya,Puan Dahlia.

"Sekejap ea.Nak pergi ambil air"Puan Dahlia meminta izin untuk ke dapur.

Tinggallah Dina seorang dan tertunduk malu.Damia cuba untuk berbual dengan budak comel itu.

"Adik darjah berapa?"Soal Damia.

"Darjah 3.Akak pulak?"Dina memandang ke arah Damia dan tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Akak form 4.Panggil Kak Damia.Nama adik apa?"Damia memperkenalkan diri.

"Dina."Dina jawab sepatah.

Puan Dahlia kembali semula ke ruang tamu sambil membawa sedulang air dan sepiring kek coklat.

"Cantik anak Latifah ni"terdetik dalam hati Puan Dahlia.

"Eh.mana anak awak sorang lagi?"Datin Latifah tercari-cari anak sulung Puan Dahlia.

"Tak ada.Dia pergi main futsal dengan kawan.Kejap lagi balik la tu"jelas Puan Dahlia sambil tak henti-henti memandang anak perempuan Datin Latifah.Mereka cuma berbual kosong dan Dina mengajak Damia untuk bermain bersama di kolam renang.

"Eh.dah maghrib ni.Nanti suami saya risau pulak.Hehe."Datin Latifah ingin meminta diri untuk pulang ke runah.

"Oh.okeylah.Lain kali datang lagi tau"kata Puan Dahlia dan berlaga pipi dengan kawannya.Datin Latifah memanggil anaknya untuk pulang.Damia berasa agak sedih kerana tak puas bermain dengan anak kawan mamanya yang kecil molek itu.Damia melambai tangan kepada Dina sambil tersenyum.Dina membalas balik lambaian Damia.

Bersambung

*****************************

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now