Bab 10

7K 359 4
                                    

Mereka singgah di KLCC tower.

"Awak,saya nak pergi situ!"

"Awak,jom teman saya pergi sana"

"Awak,saya lapar.Jom pergi food court"

"Awak awak,dah lama saya nak pergi kedai tu.Jom awak"

Damien cuma menurut.Gagahkan jugak lutut ni untuk ke sana ke mari demi isteri tersayang.Setelah hampir 5 jam mereka bertapa di KLCC tu.Akhirnya Damien mengajak Damia untuk pulang.Tetapi Damia tetap tak nak balik.

"Alaaa,saya tak puas lagi ni.Tunggu la kejap"

"No!Kau kena ikut cakap suami kau ni.Dah,jom balik."Damien memberi arahan.Rasanya kalau Damien berlembut,memang tak lah si Damia ni nak balik.

"Okey"Damia menunduk.Damien memimpin tangan Damia.Tangan sebelah kirinya penuh dengan beg-beg plastik kepunyaan Damia.Nasib baiklah Damien ni ada duit.Kalau tak,memang takdenya dia nak turutkan Damia ni.Hehehe...

Masa di dalam kereta,Damia cuma senyap je.Damien tahu Damia merajuk dengannya.Tapi Damien abaikan je.Pura-pura macam Damia tak merajuk.

Pukul 8 malam,barulah mereka sampai rumah.Mama dan papa Damien nampak risau.Bila Damien dan Damia muncul di depan muka pintu,mereka terus tanya dengan pelbagai soalan.

"Mana korang berdua pergi?Masa ni baru balik"

"Tak ingat jalan balik dah ke?"

"Kitaorang risau tau tak!"

Haaaa sudah.Dah membebel dah.

Damien cuma senyap dan menunduk.

"Sorry mama"

"Hemm.Takpelah.Lain kali kalau nak keluar tu bagitau.Takdelah risau sangat.Dah pergi mandi,solat dan siapkan apa yang patut.Esok dah sekolah"kata Puan Dahlia.

Mereka berdua pun naik ke bilik.

Kelihatan Damia sedang berdiri kaku di bucu katil.

"Kenapa kau duduk situ?"soal Damien.

"Saya nak mandi.Tapi takde towel.Saya kan tak bawak barang-barang saya datang sini.Saya datang sehelai sepinggang je ni"muka Damia nampak sedih.Alololo,cutenya buat muka macam tu.

Damien terus menuju ke almarinya untuk mengambil towel dan bajunya.

"Nah"Damien menghulurkan kepada Damia.

"Okey.tq"Cepat-cepat Damia masuk ke dalam bilik air tanpa melihat apa yang Damien hulurkan kepadanya.

Selepas 15 minit Damia mandi,dia baru perasan yang Damien bagi baju kepunyaannya.Kurang asam punya suami!

Ahhhh,dah la besar baju ni,pastu takde seluar pulak tu.Macam mana aku nak pakai ni.Aihhh,kenapa la aku tak tengok tadi.Damia mengetuk-ngetuk kepalanya.

*knock knock*

"Haiii,lama lagi ke che adik sayang oii?"Damien mengetuk pintu bilik air.

"Errr.kejap"jerit Damia dari dalam bilik air.

"Aku kira sampai 10 untuk kau keluar dari bilik air ni.Kalau tak,aku akan rempuh pintu bilik air ni.Cepat!"Damien memberi arahan tegas.

"Eh awak.Jangan lah macam ni.Alaaa"Damia ketakutan.

"1.....2.....3......4"Damien terus mengira.

"Apa aku nak buat ni?apa aku nak buat ni?"Damia panik.

"7....8...9.... 9.15,9.30..."Damien tetap kira.

"Ahhh.pakai je lah.Daripada tak pakai apa-apa"

"10."Semasa Damien mengira 10,Damia membuka pintu bilik air.

"Dah.saya dah keluar"jelas Damia menunduk.Dia tahu Damien sedang memandangnya atas bawah.

Gulp!Damien menelan air liur.

Bersambung

*********************************

(Please vote & comment)

I appreciate it!

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now