Bab 5

7.2K 296 3
                                    

"Mama!Damia tak nak kawin dengan lelaki ni"Damia menghentak kaki tanda protes.

"Aku pun tak nak kawin dengan kau"Damien menjelirkan lidah.

Ibu bapa mereka saling berpandangan dan menggeleng kepala.Datuk Lutfi tiba-tiba bangun dari kerusi bermuka serius.

"Damia kena kawin jugak dengan Damien.Mama dan papa risau.Nanti mama dan papa akan bertolak ke Australia minggu depan.Kami dah bercadang nak suruh keluarga Encik Dahlan untuk jaga Damia.Tapi,sebab diaorang ada anak lelaki.Kami takut perkara yang tidak diingini berlaku.Jadi Damia kena kawin jugak.Titik!"jelas Datuk Lutfi.

Mereka berdua cuma menunduk.Mereka terpaksa akur jugak dengan perkahwinan paksa ini.

Setelah mereka berbincang tentang majlis akad nikah mereka.Datuk Lutfi dan Datin Latifah meminta izin untuk pulang.Damia tetap setia membuat muka dan memuncungkan bibir.Dia masih tak berpuas hati dengan apa yang menimpanya.

What!Aku kena kawin dengan mamat sengal tu.Ini mimpi ke?Damia menampar-nampar pipinya kerana dia ingat ini semua mimpi.

Selepas keluarga Damia balik ke rumah mereka,Damien terus naik ke biliknya.

Huh!Ini semua rancangan gila.Aku ni SPM pun tak lepas lagi,dah kena kawin!Apa aku nak bagi anak bini aku makan nanti?Eh cop cop.Kenapa aku melalut sampai ada anak bagai ni.Damien membuka laptopnya dan mendengar lagu.Tak sampai setengah jam.Dia sudah tertidur.

"Wey Damia.Kenapa muka kau macam ayam berak kapur ni?Ada masalah ke?"soal Yuni yang merupakan kawan Damia yang paling caring.Kawan Damia yang lain masih sibuk membuat kerja rumah yang tak sempat disiapkan semalam.Haaa~ Tu laa.Sape suruh tangguhkan kerja rumah?Eh berbalik kepada cerita tadi.

"Apa perasaan kau bila mak dan ayah kau akan tinggalkan kau sorang-sorang kat sini?I mean,diaorang terpaksa berpindah di luar negara dan kena tinggalkan anak dia sendirian kat sini?"soal Damia dengan wajah redupnya memandang Yuni.

"Aku mesti sedih.Yelaa,duduk jauh dengan family.Mesti lah sedih kan?Hemm.Mama dan papa kau outstation ke luar negara ke?"soal Yuni.

"Bukan outstation.Diaorang kena ditukarkan kerja ke sana,Australia."Damia menahan air matanya supaya tidak jatuh.Dia kena kuat!Sebenarnya dia bukan sedih pasal mama dan papanya yang akan ke Australia.Tetapi sebab dia kena dikahwinkan dengan mamat yang dibencinya itu.Eh,dia still rasa sedih jugak sebab mama dan papa dia akan berpindah ke sana.Huhu~

Yuni menggosok belakang Damia supaya tidak memikirkan sangat hal itu.Kemudian,cikgu Pendidikan Islam masuk ke dalam kelas.Ustazah mengajar bab perkahwinan.Hah!Ustazah ni macam tau-tau je aku nak kawin.Correction!Bukan aku nak kawin tapi aku dipaksa kawin.Tiba-tiba pintu kelas diketuk.

"Damia Izara,ada orang nak jumpa awak"jelas Ustazah Rafeah.

Aku pun meminta izin untuk keluar menemui siapa yang dimaksudkan oleh ustazah tadi.

Gulp!Aku menelan air liur.

Bersambung

******************************

Awak!Suami Saya?Where stories live. Discover now