Wayar berselirat penuh di badan Damien.Sudah hampir 3 bulan,Damien koma tidak sedarkan diri.Setiap hari,selepas balik dari sekolah,isterinya terus bergegas ke hospital.
"Awak.Bangunlah awakk.Result SPM awak sangat membanggakan saya.Awak taknak tengok result awak ke?"Damia bercakap dengan suaminya walaupun dia tahu Damien tak dapat membalasnya.
Isterinya tidak jemu-jemu berdoa supaya suaminya sedar dari tidur yang lama.Akhirnya,Damia tertidur di tepi suaminya.
Jari-jari Damien bergerak sedikit.Kelopak matanya bergerak-gerak.Damia tersedar apabila merasakan sesuatu yang bergerak.Mata Damien terbuka sedikit.Damia terus tersenyum.
"Awak.Awak dah bangun?"tanya Damia.
"Si...si..siapa kau?"Muka Damien agak berkerut sedikit.
Damia terkejut.Tapi dia berlagak tenang.
"Tunggu sekejap ye.Saya panggil doktor"Damia keluar dari bilik suaminya dan menangis tersedu-sedu.
Doktor dan jururawat memeriksa keadan Damien.Damia setia menunggu.Keluarga mertuanya dalam perjalanan ke sini.
Selepas selesai doktor memeriksa Damien,doktor bertanya kepada Damia.
"Awak ni ahli keluarga pesakit ke?"tanya doktor tersebut.
"Ya,saya isteri pesakit.Bagaimana keadaan suami saya doktor?"Damia nampak risau.
"Buat masa sekarang,Encik Damien mengalami penyakit amnesia dan kemurungan.Harap puan bersabar dengan kerenah suami puan"jelas doktor.
Damia terkejut.
"Terima kasih doktor"kata Damia.
Selepas itu,Damia masuk ke bilik suaminya.
"Awak nak air tak?Lapar tak?"tanya Damia prihatin.
"Kau siapa?Aku tak kenal kau.Boleh tak kau keluar?Rimas lah!Aku nak bersendirian."Marah Damien.
Air mata Damia berguguran dan dia terus keluar dari bilik itu.Ya,suaminya perlu bersendirian.
"Mia,macam mana keadaan Damien?"Tanya Puan Dahlia apabila dia ternampak menantunya.
"MAMAAA!!"Damia terus memeluk mak mertuanya dan menangis.
Dina terus memeluk kakak iparnya apabila melihat Damia menangis.
"Mia,kenapa ni?Cuba cerita kat mama"tanya Puan Dahlia.
"Damien mengalami amnesia mama.Dia dah lupa kat Mia.Dia marah Mia tadi."terang menantunya kepada Puan Dahlia.
'YA ALLAH!Kau kuatkanlah hati menantuku menempuh dugaan ini'doa Puan Dahlia.
Bersambung
********************(Sorry guys.Lambat update..Thanks kepada yang vote,comment dan kepada yang suruh cepat2 update tu.Haha.)
YOU ARE READING
Awak!Suami Saya?
Teen FictionMereka boleh diibaratkan 'Anjing Dan Kucing'.Berjumpa sikit,ada je yang tak kena.Tak pernah nak berdamai.Hanya satu ikatan sahaja yang boleh buat mereka berbaik.Bukan senang memegang dua status pada masa yang sama. Apakah kesudahannya?Adakah perkahw...