RENJUN mendongak memandang langit.
Sedar tak sedar,sudah lebih sebulan dia menetap di rumah Hanaf.
Rasa tidak enak pula,bukan apa terasa tidak selesa mentap lama di rumah orang.
Usai solat Subuh tadi,sempat lah dia berbual dengan Jeno.
Menyatakan hasratnya untuk pulang.
Entah ia hanya perasaan Renjun atau benar,tetapi Jeno agak dingin dengannya.
Apakah Jeno tidak menyukai keputusannya?Renjun akur jika itu benar-benar terjadi.
Tidak mengapalah kalau dia perlu berkorban sedikit.
Lagipula,apa yang dia lakukan ini benar.
Renjun yakin dengan keputusannya.Kalau Jeno tidak mahu berkawan lagi,apa sahaja yang dia boleh buat bukan?.
Tiba-tiba,bahunya terasa disentuh membuatkan Renjun terpana sedikit.Hanaf rupanya.
"erm Jun eh Anaqi,aku nak cakap sikit boleh?"Ujat Hanaf yang telah melabuhkan duduk ditepi Renjun erm maaf Anaqi.
Anaqi mengangguk dan memfokuskan matanya kepada Hanaf.
Entah mengapa terasa berdebar pula.
Aip,bukan berdebar sebab cinta tau!
Tapi berdebar sebab Renjun berfirasat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Hanaf.
Hanaf tersengih kecil sebelum mendongak memandang langit.
"Aku nak minta tolong,Tolong jagakan adik aku,Aileen.Maksud aku,kahwin dengan dia?Aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku rasa kau sesuai dengan dia.Plus,seronok jugak kau jadi adik ipar aku HAHAHAHA"ujar Hanaf sambil ketawa.Sempat juga dia menyiku lengan Renjun.
Renjun memerhati Hanaf lama.
"Aku bukan tak mahu,tapi Aileen tu mampu ke dia terima aku?Aku ni tak sempurna Hanaf.Aileen dan Aku,ibarat Iphone dan Nokia.Mempunyai storage yang berbeza.Lagipula,aku tak rasa aku layak untuk dia.Aileen terlampau baik,berbeza dengan aku".Ujar Renjun sambil memandang langit.
Pagi itu,sungguh sejuk dan tenang.
Mungkin kerana cuaca di Malaysia yang kini kerap hujan.
Kalau dulu panas terik,kini terasa sejuk sekali.
Hanaf ketawa kecil.
"Jun,eh anaqi.Alah aku panggil kau Jun je lah,Sudah terbiasalah"Ujar Hanaf membuatkan Renjun tertawa.
Hanaf menepuk bahu Renjun
"Sebab aku percayakan kau dan aku yakin dengan keputusan aku.Ada sebab kenapa aku berbuat begini.Kau akan tahu juga nanti.Tapi,harapan aku,Kau dapat jadi pelindung dan suami kepada satu-satunya adik perempuan aku.Tolonglah terima Jun".Rayu Hanaf.
Renjun mengeluh perlahan.
"Aku terima tapi bagaimana pula dengan Aileen,adakah dia terima?Hanaf,aku ni mualaf.Aku tak hebat dalam ilmu agama.Bagaimana aku nak lindungi dan bimbing dia?"
Hanaf tersengih.
"Kau jangan bimbang,tentang Aileen akan aku uruskan."
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara