Haechan terjaga dari tidurnya.
Tekaknya terasa begitu kering sekali.
Dia melihat sekeliling cuba mengenal pasti kedudukannya.
Haechan bangkit dari tidurnya.
Belakang badannya terasa sengal.
Manakan tidak, dia tertidur di atas sofa rupanya.
Disebelah sofa yang dia duduki turut terdapat Mark dan Taeyong.
Pendek kata, Renjun dan Jaemin sahaja yang tak ada.
Haechan mengeluh perlahan.
Dia segera bangkit menuju ke dapur,mencari air untuk membasahkan tekak.
Semasa hendak ke dapur dia sedar seperti ada seseorang yang turut berjaga.
Dia mendongak melihat jam dinding.
3.45 pagi.
Haechan mengerutkan dahi.
Siapa yang bangun awal sangat ini?
Namun,dia menggeleng dan memfokuskan sahaja menikmati minumannya.
Setelah selesai membasuh cawan, Haechan segera bergerak memasuki biliknya.
Namun,dia terdengar sesuatu.
Dan itu membuatkan langkahnya terhenti.
Dia menekapkan telinganya,penuh dengan rasa curiga.
Suara Renjun.
Ya,Renjun sedang mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.
Haechan terpaku.
Apa yang Renjun nyanyikan ini? Bukan apa alunan ayat suci itu buatkan hatinya dipagut rasa tenang.
Haechan hanya berdiri dan terkaku sehinggalah suara Renjun sudah tidak kedengaran lagi.
Kakinya dilangkahkan menuju ke biliknya dengan laju.
Renjun memandang ketiga-tiga insan dihadapannya ini.
Dari tadi,asyik tercongok depan dia dengan mimik muka yang Renjun sendiri tak percaya.
Tak adalah, jarang tau nak tengok Haechan,Mark dan Taeyong sedih macam ini.
"Anaqi,kau balik semula kan nanti?" ujar Taeyong sambil mengesat air matanya.
Renjun terkedu,namun masih mengangguk.
Lah,apa sudah jadi ni?
Pandangannya dialihkan pula pada Haechan dan Mark yang terdiam dengan mimik muka sedih,buatkan dia terkejut.
Biasanya Haechan akan memerli dia ataupun gelakkan Taeyong hyung yang menangis teruk ni.
"uish kau orang semua janganlah sedih,aku stay sana dua minggu je dengan parents nanti kalau betul jodoh aku kat sana.. Kau orang ikut lah sekali." Ujar Renjun,cuba menenangkan rakan-rakannya.
Jaemin?
Lelaki itu awal-awal lagi menyatakan dia tidak ikut mereka semua ke lapangan terbang kerana urusan kerja.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara