(Not proofread,abaikan if ada typo)Hening. Suasana di wad yang menempatkan Anaqi begitu hening.
Aileen mengenggam erat tangan Anaqi. Benarlah perasaannya untuk tidak membenarkan Anaqi ke tempat kerja.
Tapi,siapalah Aileen untuk melawan takdir Allah?
Qada' dan qadar sudah tertulis
Dan,Aileen serta Anaqi perlu menerimanya sepenuh hati.
Hatinya dipagut sayu,mengenangkan bait-bait patah perkataan yang keluar dari mulut doktor semalam.
"Kecederaan yang dialami Anaqi teruk,saya tak mampu janjikan apa-apa... Kesan daripada batu konkrit yang jatuh itu,kami jangkakan Anaqi mungkin akan mengalami kelumpuhan. Waktu kejadian,saksi ada beritahu batu konkrit itu menghempap belakang badannya,tepat di mana saraf tunjang berada. Kami harap,puan bersabar.. kami akan bantu sedaya upaya kami" Dapat dilihat wajah doktor itu... Begitu sebak untuk menyampaikan berita kepada Aileen.
Tambahan pula,dengan keadaan Aileen yang begitu.
Matanya dipejamkan,cuba menahan tangis yang terbit di matanya.
Sekonyong-konyong,pesanan Anaqi bermain di corong telinga.
Ya,Anaqi tak mahu lihat dia menangis.
Aileen mengucup dahi Anaqi,yang masih terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan.
"I'll stay,no matter what... Bubu.. Aileen akan sentiasa ada disisi bubu,through ups and down... Kita boleh bangkit bersama" Ucap Aileen tepat di telinga suaminya.
Di luar wad kecemasan,Hanaf dan Sofea bergegas ke arah Tuan Malik dan Puan Hashimah.
Adzreen tidak ada disitu kerana dia sedang bersiap-siap untuk pulang semula ke universiti. Berat langkahnya untuk melepaskan Kakak kembarnya itu namun dia terpaksa.
Ini merupakan tahun terakhir buatnya. Jadi,dengan hati yang berat dia terpaksa pulang ke universiti.
"Macam mana dengan Anaqi mak abah?" Hanaf menyoal sebaik sahaja dia tiba.
Puan Hashimah sekadar menundukkan wajah,sesekali air mata yang mengalir dipipi dikesat olehnya.
Meskipun Anaqi cuma menantu,tetapi dia sudah menganggap Anaqi umpama anaknya sendiri.
Melihat keadaan Anaqi,tepat diwaktu Aileen yang sedang berbadan dua membuatkan hatinya dipagut rasa sayu.
Tuan dan Puan Huang juga telah dimaklumkan dengan keadaan ini. Mereka akan menaiki penerbangan ke Malaysia pada waktu malam.
Tuan Malik,kelihatan tenang.
Baginya,jika dia turut menzahirkan kesedihannya.. siapa yang akan menjadi punca semangat bagi yang lain?
Terutamanya Aileen,dia perlu bertenang dan memberi semangat kepada anak perempuannya.
"Apa yang Aileen cakap,Anaqi mungkin akan lumpuh"
"Allahuakbar" hati Hanaf dipagut rasa sayu.
Bagaimana adik serta adik iparnya mahu menghadapi semua ini?
Mereka baru sahaja mahu membina keluarga yang kecil.
"Kalau hanaf ada,mesti Anaqi tak pergi tapak pembinaan itu" Ujar Hanaf,menjelaskan perasaan terkilannya.
Tuan Malik segera menggeleng.
"Hanaf,berapa kali nak abah pesan pasal perkataan kalau ni? Ingat semua yang berlaku itu atas ketentuan Illahi. Kita tiada hak untuk menentukan jalan hidup kita,segalanya sudah tertulis sejak azali lagi.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara