BAU aroma kopi memenuhi seluruh pelusuk kafe itu.
Kafe yang bernama WAYC itu sememangnya terkenal dengan kopinya dan pencuci mulut yang pelbagai.
WAYC merupakan singkatan bagi We Are Your Cafe , yang menjadi tarikan penduduk tempatan mahupun orang luar.
Anaqi memandang insan dihadapannya kini , lelaki itu sedang menunduk.
Dia tak membuka bicara , sebaliknya hanya menunggu apa yang ingin disampaikan oleh insan itu.
Keluhan berat akhirnya terbit dibibir Jaemin.
Perlahan-lahan , kepalanya diangkat dan iris matanya bertembung dengan iris mata milik Renjun.
" Aku minta maaf "
Dalam diam Jaemin memarahi diri sendiri , punyalah panjang ayat yang dikarang , hanya tiga patah perkataan yang terbit dari mulutnya itu.
Anaqi mengerutkan wajahnya. Buatkan Jaemin semakin berdebar.
" Maafkan aku sebab buat semua ini . Kau boleh hukum aku , saman aku atau apa sahaja yang kau mahu tapi satu je yang aku mahukan , kemaafan kau Renjun "
Anaqi menghirup air smoothie lemon miliknya , matanya memandang Jaemin.
Terpancar keikhlasan dan penyesalan diwajah lelaki itu.
Wajah Anaqi melembut , dia ukirkan senyuman pada Jaemin.
Lelaki itu pula sedang keliru dengan reaksi Anaqi.
" Aku maafkan , dan takkan ambil apa-apa tindakan. Tetapi kau mesti janji yang kau tak akan ulangi perkara yang sama lagi . Kalau tak , aku betul-betul akan ambil tindakan keras ke atas kau "
Jaemin melongo.
" Kau... Maafkan aku?"
Anaqi ketawa kecil.
" Kenapa , bukan itu yang kau mahukan ke ?"
Jaemin terdiam sebentar sebelum berbicara.
" Ya , tetapi takkan semudah ini ?"
Anaqi senyum lagi , dia mengangguk perlahan.
" Dalam Islam, memaafkan orang adalah satu perkara yang mulia . Tidak kira apa pun niat kau , manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku bukan Tuhan untuk hukum kau , Jaemin"
Jaemin menunduk , serba salah menyelubungi dirinya.
" Baik nya kau Renjun , aku berdosa pada kau "
Anaqi menggelengkan kepalanya.
" Kau tak salah pun , cuma kau terlalu ikut kata hati kau sahaja. Aku faham , Affan dah ceritakan semua kepada aku . Normal untuk kau berasa cemburu dengan aku "
Sememangnya , sejak awal Jaemin mula masuk ke rumah mereka...
Dia berasa iri hati dengan Renjun aka Anaqi.
Baginya , kehidupan Renjun itu sungguh sempurna berbanding dirinya.
Sifat iri hati menguasai dirinya sehingga memakan dirinya perlahan-lahan.
Jaemin kesal dengan tindakannya yang melulu , tanpa memikirkan kesan kepada dirinya dan Anaqi.
" Maafkan aku Renjun , aku buat kau menderita . Sudahlah isteri kau sedang mengandung , aku kejam dengan kau "
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara