34

7 4 0
                                    

AILEEN memandang Anaqi yang sedang menyusun barang-barang keperluan bayi mereka.

Perutnya yang membesar itu diusap , dia kini menghitung hari .

Sesekali dia tertawa kecil melihat Anaqi yang begitu bersemangat untuk menyambut kelahiran bayi mereka .

Mereka baru sahaja pulang daripada pemeriksaan kesihatan di klinik.

Dan , ada satu berita gembira yang menanti mereka .

Rupanya-rupanya , kandungan Aileen adalah kembar.

Ternganga besar Anaqi dan Aileen bila mendengar penjelasan doktor.

Doktor sendiri pun tercengang.

Boleh pula bayi yang kedua itu tersorok di belakang sebelum ini.

Alahai!

Maka , sebab itulah Anaqi begitu teruja sekali.

Balik sahaja dari temujanji doktor , terus dia  ajak Aileen ke pusat beli-belah.

Maklumlah , lelaki itu pun sudah dapat memandu .

Alhamdulillah , Anaqi sudah pun beransur pulih.

Kalau tak disebabkan Aileen menghalang tadi , mungkin satu kedai barangan bayi sudah diborong oleh Anaqi.

Silap haribulan , dengan kedai-kedai sekali dibelinya.

Anaqi merapati Aileen yang duduk di birai katil itu.

" Sayang , comel kan baju ni ?  Patutnya kita beli tiga set terus tadi " gumam Anaqi , perlahan.

Tapi , telinga Aileen tetap mampu menangkap suara itu.

" Astaghfirullahalazim , bubu tak baiklah membazir. Lagipun baju yang sebelum ni pun dah ada kan " ujar Aileen.

Anaqi menggelengkan kepalanya.

" Ish , tak boleh la sayang , tak matching nanti "

Aileen menepuk dahi melihat gelagat Anaqi.

Ada-ada sahajalah suaminya ini.
























BATU-BATU kecil disepak perlahan , sesekali dia merenung keindahan tasik yang indah itu.

Taman Tasik Taiping itu dipenuhi oleh ramai orang tika itu.

Hujung minggu lah katakan ,  ada yang berkelah bersama keluarga tercinta , ada  juga pengantin baru yang mahu mencipta kenangan manis bergambar di sana.

Yuta mengangkat pandangannya , memandang insan yang tika ini berada lebih kurang semeter jarak mereka .

" Jadi , awak dah fikirkan masak-masak?" Yuta menyoal.

Insan itu terdiam seketika , barangkali sedang berfikir.

" Ya , saya tak berani janji pengakhiran kita tapi kita boleh mula bertaaruf "

Yuta mengangguk faham.

" Naazneen , saya faham kenapa awak tolak lamaran saya untuk kita bercinta dahulu . Sekarang pula , saya akan berusaha sedaya mungkin untuk jadikan awak milik saya "

Naazneen sekadar menunduk mendengar kata-kata Yuta.

Dia mahu tengok sejauh mana usaha lelaki itu mahu memikatnya.

" Jadi , boleh saya jumpa ayah awak ?" Naazneen terkesima seketika.

Yuta berdehem kecil.

" Setahu saya dalam Islam , kita akan bertemu ayah yang menjadi wali untuk minta restu kan ? "

[C] Bimbinglah Aku,SayangWhere stories live. Discover now