23

46 11 7
                                    

Aileen memicit pelipisnya perlahan.



Matanya terasa berpinar akibat menghadap komputer riba terlalu lama.




Berikutan cuti semester yang bakal habis,Aileen perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarahnya.



Sebenarnya,dia sudah menyiapkan kesemuanya.

Tetapi,dia baru sedar bahawa ada tugasan lain yang diberikan.

Menjadi pelajar perubatan tidaklah mudah.


Sejujurnya,pernah terdetik di hati Aileen untuk mengalah dan berhenti belajar.


Akan tetapi,mengenangkan betapa susah payah ayahnya,Tuan Malik bekerja mencari rezeki benar-benar meruntuhkan hatinya.




Tidakkah kecewa kedua ibu-bapanya jikalau Aileen mengalah? Sudah banyak yang dilaburkan dari dia kecil sehinggalah sudah berkahwin


Takkan dia nak sia-siakan? Lagipula,dia sudah berada di tahun terakhir


Kepalanya terangkat apabila menyedari ada sepasang tangan berada dubahunya.

Lantas,dia menoleh dan terpandang Anaqi,yang sedang tersenyum nipis.


Anaqi tahu betapa penatnya Aileen.

Lelaki itu memberikan sebuah pelukan hangat buat Aileen.



"Macam tahu-tahu sahaja saya perlukan pelukan" Ujar Aileen,matanya dipejamkan.




Anaqi tertawa kecil.


"Rehatlah dulu,sudah solat Isyak belum?" soal Anaqi.


Aileen mengangguk perlahan.


"Bubu baru balik dari masjid ke?"



Anaqi mengangguk.


"Haah,Affan pun ada sekali"



Aileen kembali membuka matanya,dia dapar melihat betapa gembiranya Anaqi setelah dia jumpa Affan.



Sekonyong-konyong,Renjun berdiri tegak.



"Bubu lupa nak bagitahu Aileen,nanti Bubu kena balik Korea untuk selesaikan beberapa perkara di syarikat. Mungkin dua minggu? Aileen okay? Bubu ingat mahu ajak sayang,tapi itulah sayang sudah mahu belajar"


Aileen tertawa kecil.


"Tidak mengapa,asalkan bubu setia. Tapi kenapa cuma dua minggu?"


Anaqi tersenyum.










"Biarlah rahsia~"















HANAF terkesima di atas katil.

Adzreen yang sedang memandangnya pelik diabaikan.


"Bang,kau okay ke?" soal Adzreen,agak risau melihat kondisi Hanaf.


Hanaf sekadar menggeleng,namun kepalanya ligat memikirkan  mimpi yang dialaminya.


Ini bukan kali pertama dia mimpikan Sofea.


Semuanya selepas dia buat solat istikharah.


Apa Sofea insan yang dia cari? Adakah mimpi itu suatu petunjuk?


[C] Bimbinglah Aku,SayangWhere stories live. Discover now