Adzreen duduk di pangkin rumahnya.
Bukan dia tak mahu duduk disisi arwah abangnya,tetapi dia tidak mampu.
Percayalah,tiada apa yang menyakitkan dari kehilangan orang yang tersayang.
Air mata yang mengalir dia seka.
Teringat tentang pergaduhan manja dia dan Hanaf.
Mungkin orang akan berkata Adzreen terlalu lemah dan manja.
Tetapi dia tidak kisah kerana hatinya benar-benar sakit.
Hanaf itu seorang abang yang baik dan penyayang.
Dan,Adzreen banyak bergantung kepadanya.
Mungkin mereka kerap bergaduh tapi itulah yang mengakrabkan mereka.
Bahunya ditepuk perlahan oleh Renjun.
Renjun meminta untuk duduk.Adzreen mengangguk.
Renjun tersenyum kecil.
"Adzreen,janganlah nangis.Mesti Hanaf tak suka tengok Adzreen nangis.Lagipun,abang Renjun ada untuk jadi abang Adzreen"Ujar Renjun sambil tertawa kecil,cuba menyembunyikan kesedihan yang dia alami.
Bohonglah kalau Renjun tidak terkesan dengan pemergian Hanaf.
Mereka kenal sudah lama cuma baru sahaja dapat bertemu.
Namun,Renjun berasa sungguh bersyukur kerana dia dapat juga bertemu Hanaf.
Namun,apa yang menganggu fikirannya sekarang adalah tentang permintaan terakhir Hanaf.
Akan tetapi,Renjun abaikan perkara itu seketika.
Pandangannya ditancap kembali kepada Adzreen.
Lelaki itu kelihatan sedang merenung pemandangan dihadapannya.
Mungkin cuba mengalihkan rasa sedih.
Bahu Adzreen Renjun tepuk.
"Adz,jom kita masuk.Sayang abang kan?jadi jom teman dia.Untuk kali terakhir dah,jangan ikut perasaan sedih..Doakan Abang ya?"Ujar Renjun
Adzreen mengangguk.
"Erm abang,boleh tak nak panggil abang Anaqi instead of Renjun?sebab buat Adz rasa lebih mesra hehe"Soal Adzreen.
Renjun hanya tersengih kecil.Dia mengangguk perlahan.
MASA berlalu begitu pantas,Jenazah Hanaf juga telah dikebumikan(pls kenapa aku broken type psl Hanaf hm)
Malam semakin larut namun seisi rumah tidak mampu melelapkan mata.
Baik Keluarga Hanaf mahupun Renjun,kedua-duanya berasa sungguh terkesan dengan pemergiannya.
Kata orang,life must go on.Tapi kehilangan orang yang tersayang bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi.
Perit dan bukan mudah untuk diterima namun sebagai orang Islam,Redha adalah kunci utama,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,mungkin ini permulaan bagi sesuatu.
Hanaf telah tiada namun tidak sedetik pun dia hilang dihati mereka.
Renjun tidak mampu melelapkan mata begitu juga Adzreen disebelahnya.Biasanya,Adzreen akan tidur diruang tamu bersama Hanaf.
Biasalah,marathon K-drama bersama.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara