ANAQI melabuhkan duduknya di atas pangkin kayu berhadapan dengan Rumah ibubapa mertuanya.
Dia sedang menunggu Hanaf.
Seperti yang dijanjikan,dia dan Hanaf akan keluar demi mencari Kuih Lompat Tikam yang Aileen inginkan.
Anaqi 'blur' sebenarnya,kenapa kuih itu dinamakan Lompat Tikam?
Apa kuih itu boleh lompat dan menikam orangkah?
Tak dapat dibayangkan oleh akalnya ketika ini,bagaimana rupa kuih itu.
Pandangannya dialihkan ke arah hadapan,memerhati Homestay yang diinap rakan-rakannya.
Walaupun tiada apa yang menarik,Anaqi sebenarnya berasa bosan .
Menunggu Hanaf bersiap seumpama menunggu buah durian gugur.
Dan,munculah Hanaf yang lengkap berpakaian,Sweatshirt berwarna kelabu dan seluar trek berwarna hitam.
Lelaki itu tersengih melihat wajah Anaqi yang pasrah itu.
Langkahnya segera diatur laju,kesian pula melihat Anaqi menunggunya.
"Maaf eh Anaqi,aku tak jumpa baju yang sesuai untuk pakai tadi hehe. Jomlah,nanti Aileen mengamuk pula."
Anaqi sekadar tersenyum,dia kena redha dengan Hanaf sebab Hanaflah pembantu dia sekarang ini.
Dia membuka pintu kereta dan duduk di tempat penumpang.
Yalah,dia mana ada lesen untuk memandu jadi Hanaf sahajalah yang pandukan.
Lagu Casablanca bermain di corong radio. Bait-bait patah lagu itu cuba dihadami Anaqi.
Denyut
Jantungku berdebar
Terasa indahnya
Dunia ini
Kita yang punyaAkulah mataharimu
Kaulah kekasihku
Kitakan bersama selamanya
Anaqi tersenyum,mendengar lagu itu buatkan dia teringat pada Aileen.
Hanaf yang sedang memandu perasan dengan senyuman yang terukir di bibir Anaqi.
"Amboi adik ipar,senyum lebar nampak?" tegurnya.
Anaqi sekadar tersenyum,tengkuknya diusap perlahan.
"Tak ada apalah" Balasnya ringkas.
Dia kemudiannya memandang Hanaf.
"Uhm Hanaf,Kuih Lompat tikam tu apa sebenarnya?" Ujarnya berasa tertanya-tanya dengan rupa kuih tersebut.
Hanaf sekadar tersengih.
"Kuih biasa sahaja,yang penting dia tak berbahaya dan selamat dimakan.. Alah,nanti aku tunjukkan" Balas Hanaf.
Kereta yang dipandu Hanaf selamat berhenti disatu tempat. Anaqi dapat lihat betapa hiruk-pikuknya keadaan disitu.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara