RENJUN terjaga dari lenanya apabila terdengar ketukan dipintunya.
Segera dia bangkit dan membuka pintu.
Nyaris saja dia jatuh terduduk melihat Hanaf yang sedang tersengih dihadapannya.
Hanaf yang tadinya tersengih itu mengerutkan dahi.
"Eh Jun,kau ni kenapa tengok aku macam nampak hantu pulak"Ujar Hanaf selamba sebelum memasuki bilik Renjun.
Renjun pula terkaku didepan pintu.
Betulkah itu Hanaf,adakah ini mimpi?
Namun,Renjun duduk juga bersebelahan Hanaf.
"Erm,kau nak apa Hanaf?"Ujarnya.
Hanaf tertawa.
"Kau jadi ke balik Korea harini?"Soal Hanaf membuatkan Renjun terpaku.
"Eh,harini?"Renjun segera memandang telefon pintarnya.
Hari ini merupakan Hari penerbangannya ke Korea.
Jadi,apa yang telah terjadi itu cuma mimpi semata-mata?
Renjun mengerutkan dahinya.
Mimpi itu terasa begitu benar.Apakah itu suatu petanda?
Renjun memandang Hanaf yang menunggu jawapan darinya.
"Betul ke kau Hanaf?Kalau betul kau Hanaf cuba tampar pipi aku cepat cepat"Ujar Renjun cuba menguji sesuatu.
"Heh,kau dah kenapa Jun?Tak sihat dah ke?Tak ada maknanya"Ujar Hanaf.
Renjun mengangguk takjub.
Betullah itu Hanaf,jarang dia nak tampar orang kecuali kalau dia gelak.
Mata Renjun membulat.Mentol menyala diatas kepalanya.
"Hanaf,BAAAAA KENAPA BELUM TIDUR HIHIKHIKHIK!"Ujar Renjun sengaja mahu menguji sesuatu.
Hanaf memandang Renjun lama.
Dan,Perlahan-lahan,
Ketawanya mula meletus.
"HAHHAHAHAHAHAH KAU DAH KENAPA JUN.HAHAHAHHAHAHA DAH NAK MASUK WAKTU SUBUH DAH AHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHJA AHHAHAHAHAHA LAWAKLAH KAU NI AHAHHAHAJA"Ujar Hanaf sambil tangannya menepuk bahu Renjun sambil ketawa.
Renjun mengangguk lega.
"Betulah ni Hanaf sebab memang kau je yang tak reti tahan gelak lepas tu pukul orang and hampir berguling-guling"Ujar Renjun.
RENJUN mendongak memandang langit.
Sedar tak sedar,sudah lebih sebulan dia menetap di rumah Hanaf.
Rasa tidak enak pula,bukan apa terasa tidak selesa mentap lama di rumah orang.
Usai solat Subuh tadi,sempat lah dia berbual dengan Jeno.
Menyatakan hasratnya untuk pulang.
Entah ia hanya perasaan Renjun atau benar,tetapi Jeno agak dingin dengannya.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara