LIMA TAHUN KEMUDIAN
Perkarangan rumah Tuan Malik dan Puan Hashimah begitu meriah sekali.
Manakan tidak , kehadiran cucu-cucu mereka yang sedang bermain buatkan rumah itu makin berseri-seri.
Aileen tersenyum kecil melihat gelagat anak-anaknya yang sedang bermain bersama Anaqi.
Disisi lain , Sofea sudah tergeleng-geleng melihat Hanaf yang begitu seronok mengejar anak mereka.
Alhamdulillah dia dan Hanaf dikurniakan bayi perempuan bernama Nur Nawha Mikayla , yang bermaksud cahaya bijaksana pemberian Allah.
Sekarang , anaknya sudah berusia empat tahun.
" Kayla jangan gigit punggung papa please ! " Hanaf berlari laju apabila Mikayla mengejarnya ibarat angsa .
Adzreen terkekeh pelan , menikmati pemandangan dihadapannya.
Dia masih solo namun dia tidak kisah.
Biarlah dia menikmati saat bersendirian dahulu , walaupun dia selalu cemburu tengok kebahagiaan insan disekelilingnya.
Dia yakin , ajal maut jodoh rezeki semuanya ditangan tuhan.
Tiba masanya , sampailah jodoh untuknya.
Dia seronok meluangkan masa dengan anak-anak buah.
" IBUUUUU " hampir terjatuh cucur dipegangan Aileen apabila Aleena memeluknya secara mengejut .
" Kenapa sayang ? " Aleena menjuihkan bibir ke arah Hanaf dan Anaqi yang sudahpun berguling bersama-sama.
Elok pulak si Aleef dan Mikayla membuli ayah mereka.
Puan Hashimah ketawa kecil.
Perangai cucu-cucunya saling tak tumpah macam perangai anak-anaknya masa kecil dulu.
Sofea sudah bangkit untuk mendapatkan Mikayla.
Risau suami dia pengsan pula dihempap anaknya.
Macam-macam hal betul.
Antara tiga-tiga orang itu , Mikayla lah yang paling 'brutal ' dan Aleef sebagai 'partner in crime nya '
Aleena lebih kepada neutral , kadang dia join juga buat nakal tapi dia seperti Aileen yang lebih suka berdiam diri.
Mikayla seperti Sofea sebenarnya.
Tidak , dia gabungan Hanaf dan Sofea.
Dia terlihat lembut tetapi kenakalannya sangatlah sukar dibendung.
Pening kepala Sofea tapi bak kata emaknya , anaknya ikut perangai dia lah tu.
Sabar jela .
Anaqi , Hanaf dan anak-anak mereka akhirnya menuju ke pangkin.
Sebab Mikayla kata dia sudah lapar jadi laju sahaja Hanaf bawa dia ke sana.
Aleef pula sudah kelelahan dan dahaga , jadi dia minta Anaqi bawa dia ke sana juga untuk minum air .
Tangan si kecil yang cuba mencapai seketul cucur udang itu ditepis lembut oleh Aileen.
" Ehem Aleef , basuh tangan dulu " ujar Aileen buatkan si kecil itu segera menuju ke paip untuk membasuh tangan dengan bantuan Adzreen.
Anaqi dan Aileen tersenyum kecil melihat keluarga mereka.
Kebahagiaan akhirnya milik mereka juga.
Suka duka ujian yang diberi Allah berjaya diharungi hingga ke hari ini.
Aileen berjaya membimbing Anaqi dan kini Anaqi pula yang membimbingnya.
Yang lain ? Masing-masing dengan ceritera hidup masing-masing.
Naazneen dan Yuta , sudah bahagia juga.
Yang lain sama macam Adzreen , mahu menikmati hidup solo.
Affan dan Safeeya sudah beranak dua , kedua-duanya perempuan.
Adrian membuat keputusan untuk tidak berkahwin lagi kecuali kalau Allah buka semula pintu hatinya nanti.
Buat masa ini , dia masih belum boleh terima sesiapa dan mahu fokus untuk perbetulkan ibadahnya.
Hannah pula sudah menerima hukumannya,begitu juga emaknya.
Hannah menyesal dengan apa yang dilakukan , namun segalanya terlambat.
Husna dan Haechan pula dalam fasa berkenalan.
Katanya mereka masih muda jadi mahu berkenalan sebelum menjadi serius.
Jaemin memilih untuk menjadi seorang mukmin , setelah apa yang berlaku berjaya mengubah persepsinya terhadap Islam.
Islam agama yang sempurna baginya.Dia yakin Islam pilihan yang terbaik.
Aileen dan Anaqi tidak pernah berhenti bersyukur sehingga hari ini.
Segala yang berlaku itu menjadi panduan dalam hidup mereka.
Semoga cinta Aileen dan Anaqi berkekalan hingga ke syurga.
.
.
.END EPILOG
Terima kasih daun keladi wahai readers!
Aelqee- sign off
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara