32

14 4 0
                                    

Suasana pagi itu begitu ceria dan indah.

Anaqi menguntumkan senyuman melihat Aileen yang sedang memakai tudung dihadapan cermin.

Isterinya begitu bersemangat untuk menemani sesi fisioterapinya,padahal Anaqi sudah memesan supaya Aileen berehat di rumah.

Tetapi Aileen berkeras mahu ikut,lagipula Hanaf juga berpendapat bahawa mungkin kehadiran Aileen dapat memberi semangat yang lebih kepada Anaqi.

Malu-malu dia mengaku hihi.

"Sayang,awak dah cantik dah.. tak perlu tukar-tukar style tudung tu" tegur Anaqi.

Aileen mencebik.

"Tak kenalah bubu,muka saya jadi bulat tau"

Anaqi menahan tawa dari meletus,takut mak buyung seorang ni terasa pula .

Tapi,Anaqi tak tipu.

Aileen nampak comel sangat.

Susah untuk Anaqi kawal senyumannya.

Haih,bahagianya hatiku.

Aileen mencebik perlahan , dia menjeling manja ke arah Anaqi.

"Ha apa yang bubu gelakkan tu? Kutuk saya eh?"

Anaqi ketap bibir dan tunduk , cuba menahan ketawa yang sudah berada di anak tekak.

Kang meletus , marah pula isteri kesayangannya itu.

"Mana ada,sajalah gelak sebab bubu happy"

Aileen sekadar menggeleng perlahan.

Macamlah kita tak tahu~




++





Kesihatan Anaqi semakin beransur pulih dengan baik.

Mungkin kehadiran Aileen di sesi fisioterapi membuatkan semangat Anaqi semakin meninggi.

Dan, dengan izin Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani.

Benar , Aileen Ammara adalah sumber kekuatan bagi seorang Izz Uwais Anaqi.

Melihat Aileen dan bakal cahaya mata mereka,buatkan Anaqi rasa lebih bertanggungjawab dan kuat.

Dia perlu segera sembuh demi Aileen dan anaknya yang bakal lahir.

Sumber kekuatannya ada pada mereka , sehinggakan pakar fisioterapi juga terkejut dengan peningkatan Anaqi.

Kuasa cinta la katakan...


++

Affan menolak cawan berisi kopi kepada insan yang berada dihadapannya.

Lelaki itu masih tekun menunduk , mungkin merasa malu dengan apa yang berlaku.

Sebuah keluhan terbit di bibir Affan.

" Aku tak mahu tahu kenapa kau sanggup buat macam tu , sebab bagi aku lebih layak lagi kalau Anaqi yang tahu "

Anak mata Affan merenung ke dalam anak mata milik Jaemin.

Jaemin tertunduk kesal semula , dia terlalu ikutkan kata hatinya.

Dia bukannya sengaja mahu melakukan semua ini namun dia terlalu dikuasai rasa amarah.

" Aku minta maaf " ujar Jaemin.

Affan menggelengkan kepalanya.

" Bukan dengan aku, tapi dengan Anaqi .. dan juga , Tuhan "

[C] Bimbinglah Aku,SayangWhere stories live. Discover now