RENJUN duduk di birai katilnya.
Perbualan Jaemin dan Jeno sebentar tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Dia tak menyangka Jeno menyimpan perasaan padanya.
Dia langsung tak sangka..
Jadi,kerana itulah Jeno selalu menjauhkan diri dari dia.
Sebab ini rupanya.
Renjun mengeluh perlahan.
Dia kecewa,bukan sebab perasaan Jeno padanya.
Tapi dengan dirinya.
Entah mengapa,Renjun rasa bersalah terhadap Jeno.
Marah?Tidak sama sekali.
Dia hormat perasaan Jeno.
Seperti yang telah dia bincangkan dengan Hanaf tempoh hari,ini semua ujian dan bergantung pada diri sendiri.
Renjun mengeluh berat.
Baginya,tindakan Jeno yang cuba sedaya upaya untuk menepis perasaan itu wajar.
Bukanlah bermakna dia suka berjauhan dengan Jeno.
Tapi,dia bersyukur rakannya itu tidak tersimpang jauh.
Dan,soalan Jeno yang 'apakah Renjun akan membencinya itu?" bermain di benak fikiran Renjun.
Jawapannya,tidak sama sekali.
Itu adalah ujian buat Jeno.
Renjun langsung tak marah atau membencinya.
Namun,Renjun tak akan pernah berhenti berdoa buat Jeno,semoga dia dikurniakan hidayah dari Allah S.W.T.
Dentingan notifikasi telefon pintar miliknya menyedarkan Renjun dari lamunannya.
Segera dia mencapai telefon pintar miliknya.
• Hanaf
-Assalamualaikum Jun,saja nak cerita mission dh setel.
-Kelakar lah kau ni HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA
-Weyh cepatlah bagitahu parents,aku tak sanggup jadi tukang posmen lagi..Hmm x sangka aku studies engineering tetiba jadi posmen tak berbayar lol
Renjun tertawa membaca mesej dari Hanaf.
Malu pulak bila diingatkan apa yang dia tulis.
Tersipu-sipu Renjun disitu.
Haechan yang baru tiba itu,merenung Renjun yang tersipu-sipu memandang telefon pintarnya.
Dia menggeleng.
"Oi chat yeochin eh?" gurau Haechan,membuatkan Renjun terpana.
"Mana ada,dahlah kau ni kenapa tiba-tiba muncul?Sudahlah tak ketuk pintu..Kalau aku tengah salin baju macam mana?" Marah Renjun,tak marah pun sebenarnya.
Haechan tersengih.
"Alah,biar je lah kan 'free show' tu hehehehe" Ujar Haechan sebelum telinganya dipiat Taeyong.
Apalagi,mengaduh kesakitanlah si Echan tu.
"echan,jaga sikit mulut kau tu..Jangan sebab kau,Renjun yang baru balik Korea terbang balik ke Malaysia. Jangan nak tunjukkan ke'gay'an kau tu. Dengan Mark kau bolehlah menggatal. Heh" Ujar Taeyong sambil memandang Haechan yang sudah menjuihkan bibir itu.
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara