Chapter ini mungkin mengandungi banyak moment HANAF x SOFEA
Anaqi tersenyum kecil melihat abang iparnya,Hanaf yang kehulur kehilir dari tadi.
Bukan apa,Hanaf merasa berdebar kerana dia akan melafazkan akad nikah sebentar lagi .
Ya. Pinangan Hanaf telahpun diterima oleh Sofea. Terkejut jugalah Hanaf. Sujud syukur selepas emaknya memberitahu khabar gembiranya. Tempoh bertunang juga tidak lama.
Khitbah (pertunangan) yang diikat ini juga disebabkan Hanaf yang mahu mencari rezeki terlebih dahulu. Mahu berbini,mestilah berduit bukan?
Takkan Hanaf mahu Sofea makan pasir ? Ish,Hanaf tak akan biarkan perkara itu terjadi.
Tapi,kalau sebelum ini Hanaf sering mengusik Anaqi. Kalini,Uno-reverse card.
Barulah dia faham debaran yang kian terasa didadanya. Anaqi tersenyum sinis.
Itulah dahulu masa orang tengah berdebar dia usik dan mengejek,sekarang baru dia tahu.
"Rileklah Abang iparku,Akad nikah ni senang sahaja. Aku sekali lafaz je tau"
Bukan mahu menenangkan,Anaqi seolah-olah menambahkan lagi debaran yang memenuhi dada Hanaf.
Sekadar menjeling sekilas,Hanaf kemudiannya duduk,cuba untuk bertenang.
Bibirnya lancar beristighfar,dia percaya segalanya berlaku atas kehendak Allah.
Debaran yang tadinya menyesakkan dadanya itu kian hilang.
Anaqi mengangguk perlahan.
"Alhamdulillah,bertanang juga kau Hanaf. Jangan Bimbang,Kun Fayakun!" Hilang sudah riak sinis Anaqi tadi.
Dia pun faham apa yang dialami Hanaf,dia sendiri pernah berada di tempat ini.
Suasana di rumah itu agak sibuk,biasalah ada kenduri kan.
Begitu meriah sekali.
Kalau sebelum ini Hanaf yang kehulur kehilir nembantu persiapan majlis,kali ini Adzreen pula yang mengambil alih tugasan tersebut.
Aileen? Dia mahu juga melakukan kerja kahwin tapi dihalang oleh ahli keluarga yang lain.
Bukan apa,Aileen juga sedang sarat jadi pergerakannya agak terhad. Lagipula,kebanyakkannya menyuruh Aileen berehat,bimbang sekiranya kesihatan bayi dan Aileen terjejas.
Dia cuba juga meminta pada Anaqi,tetapi lelaki itu juga tidak bersetuju malahan Anaqi juga bertungkus lumus membantu persiapan majlis.
Pagi ini,Anaqi berada di bilik Hanaf untuk membantu persiapan lelaki itu termasuklah menenangkan Hanaf.
Sebenarnya,Hanaf dari semalam tidak berhenti-henti menyatakan fikiran buruknya.
Bagaimana kalau dia tersasul?
Bagaimana kalau dia tak berjaya sekali lafaz?
Bagaimana kalau dia tergagap sehingga memalukan Sofea?
Bagaimana kalau Sofea tak mahu berkahwin dengan Hanaf kerana dia gagal melafazkan akad sekali lafaz?
Begitu banyak persoalan di benak fikirannya.
Mujurlah,Anaqi serta rakan -rakan memberi sokongan kepada Hanaf.
Hanaf punya "overthinking" jauh sangat. Risau orang sekeliling mendengarnya
Tiba-tiba muncul Adzreen yang lengkap berpakaian baju Melayu itu.
"Abang Hanaf,Abang Anaqi,jom kita kena bertolak ke masjid dah"
YOU ARE READING
[C] Bimbinglah Aku,Sayang
Fanfiction[Dalam fasa mengedit / minta maaf awal awal kalau editing berhenti tengah jalan ] "Sayang,bimbinglah aku ke jalan-Nya" ᴘʟᴀʏʟɪsᴛ ᴀᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ ᴏɴ sᴘᴏᴛɪғʏ! . . . An Islamic Fanfiction by kyunqijoo_ Starring:Huang Renjun X Aileen Ammara