25

33 12 8
                                    


Anaqi tersengih kecil,memandang Aileen yang terkebil-kebil memandangnya.

Bukan apa,tiba-tiba sahaja Anaqi dan Hanaf meminta semua yang ada di dalam rumah ini untuk bersiap.

Bila disoal hendak ke mana,masing-masing hanya tersengih kecil dan sekadar menjawab "adalah".

Meskipun bingung,namun masing-masing menurut sahaja.

Adzreen yang mulut murai itu pun terdiam,hanya melakukan seperti yang disuruh.


Padahal , mindanya bercelaru memikirkan apa sebenarnya yang dirahsiakan Hanaf dan Anaqi.






















"KITA di mana ni,bubu?" Soal Aileen,memandang sebuah bangunan yang begitu gah didepan matanya.

Bangunan itu kelihatan mewah dan..

Asing.



Anaqi sekadar tersengih.


"Kita masuk dulu,lepastu nanti Anaqi bagi tahu" ujarnya,sedar dia turut mendapat pandangan penuh tanda tanya dari ibu dan ayah mertuanya.



Tanpa banyak soal,mereka sekadar mengikuti jejak Anaqi dan Hanaf.



"Ha duduk duduk" Ujar Hanaf,tersengih sebelum meng 'hi-five' Anaqi.


Tawa juga terletus dari bibir kedua-duanya.




Kelihatan seseorang berjalan sambil memegang mikrofon.



"Selamat datang ke Majlis Perasmian AA Holding. Sebelum kita mulakan,izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang syarikat ini. Aa Holding,merupakan anak syarikat kepada The Huang's Company. Seperti yang semua sudah sedia maklum,The Huang's Company merupakan salah satu syarikat pembinaan yang terkemuka. AA Holding,sebuah syarikat yang dibina atas dasar kasih dan sayang. Keliru kenapa saya berkata sedemikian? Kita persilakan sahaja Pemilik Syarikat ini,Tuan Izz Uwais Anaqi" Ujar pengacara tersebut,buatkan seisi meja–kecuali Hanaf terkejut mendengarnya.





Aileen mengerutkan dahi,padanlah beria suruh bersiap tadi.


Tapi,kenapa perlu berahsia sangat?  Matanya memerhati Anaqi,yang sedang tersenyum  mendekati mikrofon.


Aduhai,manis betul senyumannya.



"Bismillahirrahmanirrahim,alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi pada hari ini– kita semua dapat berkumpul dalam majlis perasmian ini... " Jeda sebentar,Anaqi terkekeh kecil.




"Benarlah,Syarikat ini terbina diatas nikmat kurniaan Allah S.W.T serta kasih sayang. Hadirin hadirat sekalian,AA holding,merupakan hadiah dari saya buat isteri yang tercinta... Aileen Ammara,sayang bangun jap"



Terkebil-kebil Aileen dibuatnya,namun dia mula berdiri.



"Dialah insan yang sentiasa ada bersama saya,susah dan senang. Saya bersyukur mendapat isteri solehah sepertinya. Hadiah paling bermakna kurniaan Illahi,Aileen Ammara" Ujar Renjun,yang kini sudahpun berdiri dihadapan Aileen.



"Terima kasih untuk segalanya,terima kasih kerana awak sudi terima saya.. Saya akan usaha yang terbaik untuk menggembirakan awak... Bimbinglah aku sayang" Ujar Anaqi,mendapat sorakan dari Tetamu yang ada.



"Dan,sebelum kita rasmikan– saya nak ucapkan Sannah Helwah buat isteri yang tercinta,Terimalah Hadiah dari Bubu untuk Sayang ini. Macam mana Taj Mahal tercipta atas dasar kasih dan sayang Shah Jahan pada isterinya,seperti itulah AA holding turut terbina ...

[C] Bimbinglah Aku,SayangWhere stories live. Discover now