Part 7 - Bebas

77 8 3
                                    

Di rumah Keluarga Alexandra..

Pn. Kimberly yang sedang menyapu lantai terkejut melihat dua beranak memasuki rumah.

Mata Pn. Kimberly mengerling pada jam dinding. Sekarang jam 12:30 tengah hari "Aik abang? Alex? Awal balik. Kenapa? Keluarga Ariffin datang sini lagi ke?" Katanya.

En. Saifullah dan Alexandra duduk di sofa. Pn. Kimberly meletakkan penyapu serta penyodok di sudut dinding. Dan dia melangkah ke arah sofa. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Alexandra.

"Anak kita buat hal dekat sekolah" kata En. Saifullah tanpa memandang wajah anaknya.

Pn. Kimberly terkejut. Matanya terus sahaja memandang ke arah Alexandra yang sedang menundukkan kepala ke bawah. "Sayang, betul ke apa yang papa kamu cakapkan?" Tanya Pn. Kimberly.

Alexandra mengeluh "Ya" balasnya.

"Astaghfirullah al'azim sayang. Kenapa boleh jadi macam ni? Cuba cakap dengan mama" kata Pn. Kimberly lembut.

"Rashdan yang tampar Alex dulu ma. Alex tak boleh nak bersabar ma" beritahu Alexandra terus terang. Pipi yang ditampar oleh Rashdan masih lagi terasa.

"Rashdan? Rashdan yang tampar kamu?" Tanya Pn. Kimberly sekali lagi.

Alexandra tidak bersuara. Hanya anggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Alex, kamu ada buat Rashdan sakit hati ke sampai dia tampar kamu?" Tanya En. Saifullah lembut.

Alexandra mengangkat kepalanya "Yang papa nak back up mamat tu kenapa?" Tanya gadis itu seperti tidak puas hati.

En. Saifullah mengeluh. "Papa bukan nak back up sesiapa pun. Tapi, kamu dengan dia kan nak kahwin lepas kamu dengan dia habis belajar universiti nanti" terangnya.

Alexandra bangun "Pa, Ma, Papa dengan Mama tak pernah tanya apa yang berlaku pada Alex masa dekat sekolah. Papa dengan Mama sibuk hal masing-masing sampaikan anak sendiri tak layan. Pa, ma, sepanjang Alex dekat sekolah, Alex selalu kena buli. Setiap kali Alex kena buli. Papa dengan Mama tahu tak siapa yang buli Alex? Rashdan!" Marah Alexandra.

Alexandra mengelap air matanya yang mengalir. "Alex naik atas dulu" Lalu Alexandra pergi meninggalkan kedua ibu bapanya.

"Tu lah awak. Sibuk sangat dengan kerja awak sampaikan anak awak sendiri tak ambil peduli" kata Pn. Kimberly. Kepalanya digeleng perlahan.

"Aik? Apa pula saya? Awak tu yang tak kerja, takkan tak ambil perhantian dengan anak awak tu" Balas En. Saifullah. Dia bekerja pun sebab nak menyara hidup isteri dan anak perempuannya.

Pn. Kimberly mendengus perlahan. Lalu dia bangun dari sofa untuk dia menyediakan makanan tengah hari untuk anak perempuannya.

"Aik? Mendengus ke tu? Tak elok tau lawan cakap suami" laung En. Saifullah dengan gurau.

Pn. Kimberly menunjukkan penumbuk pada En. Saifullah sambil memandang tajam pada suaminya. Lalu dia memansuki ke dapur.

En. Saifullah menggelengkan kepalanya. Nasib sayang bini.







******







Di rumah keluarga Rashdan...

Pn. Natasha yang baru sahaja selesai solat terkejut apabila kedua-dua telinganya mendengar bunyi kereta. Lalu dia menjenguj di luar tingkap.

Kelihatan Tn. Ariffin yang baru keluar dari kereta dengan raut wajah yang marah. Kemudian, mata Pn. Natasha melihat susuk tubuh Rashdan yang turut keluar dari kereta. Dahinya berkerut.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now