Keesokan harinya...
Di sebuah syarikat milik Rashdan Naufal...
Tok!
Tok!
Tok!
"MASUK!"
Pembantu peribadi Rashdan, Cik Syahirah memulas tombol pintu pejabat setelah mendengar arahan daripada majikannya.
"Ya Syahirah, ada apa-apa awak nak bagitahu saya?" tanya Rashdan ramah. Senyuman manis diberikan pada pembantu peribadinya.
"Macam ni Tuan, lepas lunch nanti, ada sebuah syarikat yang ingin bekerjasama dengan Tuan nanti" beritahu Cik Syahirah ramah.
Wajah Rashdan berkerut. Ada lagi syarikat yang ingin bekerjasama dengannya. Siapa?.
"Syarikat mana yang nak bekerjasama dengan kita tu?" tanya Rashdan. Tangannya yang sedang menutup fail hitam diletakkan ke tepi.
Cik Syahirah melihat nama syarikat di dalam tablet yang dibawanya. "Nama syarikat yang nak bekerjasama dengan kita ni Syarikat Mewah Holding Sdn. Bhd" beritahu Cik Syahirah.
Rashdan menganggukkan kepalanya. "Baiklah. Nanti cakap dengan mereka jumpa saya di meeting room around 3 pm" beritahu Rashdan.
Cik Syahirah menganggukkan kepalanya. Setelah meminta izin daripada majikannya untuk beredar, gadis itu meninggalkan bilik pejabat Rashdan.
Rashdan termenung seketika. Dia bersyukur kerana ada lagi sebuah syarikat yang ingin bekerjasama dengannya selain dari syarikat milik sahabatnya itu, Zulkifli. Mungkin ni rezeki orang berkahwin kot.
"Ke situ pula aku fikir" tergelak kecil Rashdan dibuatnya. Lalu dia menyambung semula melihat fail di atas meja.
*****
Di Balai Polis Bukit Aman...
Klik!
Alexandra serta seorang lagi pekerjanya memandang ke arah seorang lelaki tegap yang baru sahaja keluar dari bilik soal siasat.
"So Amir, how? Any answer?" tanya Alexandra serius.
Amir atau nama kerjanya, Inspektor Amir hanya menggelengkan kepalanya. "Dia tak nak mengaku lah Puan. Penat saya tanya dia. Saya hampir je nak tumbuk dia tu. Suka buat orang hilang sabar" geram Amir. Matanya sempat menjeling ke arah penjenayah itu.
Alexandra menggelengkan kepalanya. "Awak pasti ke budak tu yang curi beg mak cik tu?" tanya wanita itu lagi. Matanya mula beralih pada remaja lelaki yang berada di dalam bilik soal siasat.
"Saya tak pasti lah Puan. Masa saya dekat sana, mangsa peragut tu yang cakap yang budak tu lah yang curi beg tangan mak cik tu" beritahu Amir.
Christina, rakan sekerja Alexandra yang berada di sebelah kiri wanita itu menjentik jarinya. "Aku rasa ada satu manusia ni yang akan buat budak tu mengaku dia curi ke tak?" katanya dengan sengihan nakal.
"Siapa?" tanya Amir.
Christina mengalihkan pandangan ke arah Alexandra yang masih lagi memerhati penjenayah itu.
Inspektor Amir pula turut ikut di mana mata Christina memandang. Dan matanya turut memandang ke arah Alexandra.
"Inspektor~"
Alexandra mengalihkan pandangan ke arah rakan sekerjanya. "Dah kenapa awak berdua pandang saya macam tu? Nak kena makan kaki saya ke?" gurau Alexandra kasar.
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
Storie d'amoreAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...