Di SMK (Nak imagine sekolah korang pun boleh)
7 : 00 a.m.
3/1/ 2014
En. Saifullah memarkingkan kereta di hadapan sekolah. Lalu lelaki itu memusingkan badannya ke belakang pemandu.
"Lah kenapa sedih sayang?" tanya En. Saifullah prihatin. Sebagai ayah, dia kena ambil tahu masalah anaknya.
"Alex tak suka sekolah. Benci" rungut Alexandra. Tangannya menyilang di dada.
Bukan gadis berkulit hitam manis ini tidak suka pergi sekolah. Dia suka. Cuma dia tidak mahu berhadapan dengan,
Rashdan Naufal.
Lelaki itu selalu membulinya disebabkan rupa fizikal gadis itu. Bukan setakat membuli sahaja, bahkan pernah juga dia dipukul menggunakan buku tebal. Kasihan sekali hidup gadis itu. Tapi kes ini Alexandra tidak mahu libatkan keluarganya.
"Tak apa. Tahun ni tahun last kamu sekolah sini. Kan tahun ni kamu ambil SPM. Kena belajar bersungguh-sungguh. Nanti dapat masuk universiti" kata En. Saifullah. Senyuman manisnya diberikan pada anaknya.
Alexandra mengeluh. Dia anggukkan kepalanya. Lalu tangan kanan ayahnya dicapai. Salam. Selepas salam, Alexandra keluar dari kereta ayahnya. Matanya memandang kereta En. Saifullah yang pergi meninggalkan sekolah.
Dengan tiada semangat, Alexandra pergi masuk ke kawasan sekolah. Hari ni merupakan hari pertama sekolah. Jadi, untuk Alexandra mengetahui dia di kelas mana, kakinga melangkah ke papan kenyataan yang terletak di dinding dewan.
Alexandra bersyukur kerana tiada ramai pelajar di situ. Lalu dia pun mencari namanya di papan kenyataan.
"Aku dekat kelas 5I. Habis lah aku kena buli dengan Faezah and the gang dekat kelas" kata Alexandra mengeluh.
Alexandra memang tak suka dengan Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah. Ianya kerana Faezah boleh dikatakan bulinya juga selain Rashdan Naufal. Macam tarik tudung dari belakang lah, suruh buat kerja sekolah lah, suruh sapu sampah dan macam-macam lagi lah. Dan Faezah kadang-kadang bersepakat dengan Rashdan a.k.a kekasihnya untuk membuli Alexandra.
Rashdan dan Faezah mempunyai hubungan sejak dari tingkatan 2. Siapa saja yang tak jatuh cinta dengan Faezah, berkulit putih, bibir merah jambu, bulu mata melentik.
Sedangkan Alexandra, berkulit hitam manis macam Alicia Keys, pendek. Hidungnya pun adalah mancung-mancung sikit.
(ps. kalau tak kenal Alicia Keys boleh google dengan sana)
Alexandra mengeluh. Lalu kakinya melangkah ke tapak perhimpunan. Pada permulaan persekolahan, mesti akan ada perhimpunan. Kena baca ikrar, nyanyi lagu negaraku dan lagu sekolah. Dan mereka kena dengar taklimat daripada pengetua.
Alexandra mencebik. Taklimat pengetua lah yang paling bosan-bosan sekali. Kata bagi taklimat dalam 30 minit, tapi sekali tengok jam bukan 30 minit, tapi 2 jam pengetua bagi taklimat. Tu lah yang paling dibenci sekali.
Sampai ke tapak perhimpunan, Alexandra bersila di tapak perhimpunan. Lalu dia mengeluarkan buku catatannya terlebih dahulu dan zipkan begnya semula selepas keluarkan buku catatan. Matanya memandang ada beberapa pelajar yang telah sampai ke tapak perhimpunan.
"Boo!"
"OI MAK KAU!!" Alexandra melatah apabila seseorang mengejutkannya. Kepalanya memutar ke belakang melihat gerangan itu. Rupa-rupanya Salmah, rakan kelas dan sahabatnya.
"Kau ni melatah juga kan. Hahahaha" kata Salmah dengan gelakannya.
"Kau diamlah!" balas Alexandra. Lalu dia memusingkan tubuh ke hadapan.
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
RomanceAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...