Bab 8 - Keluar

81 9 3
                                    

Rashdan pov...

Aku telah sampai ke rumah musuh aku. Siapa lagi kalau bukan rumah Alexandra. Aku keluar dari kereta. Lalu loceng rumah ditekan sebanyak 3 kali.

Aku melihat ada susuk tubuh yang keluar dari rumah. Puan Kimberly.

"Lah Dan. Kamu rupanya. Meh lah masuk" kata Pn. Kimberly setelah membuka pintu pagar. Senyuman manis diberikan pada aku.

Aku membalas senyuman manis pada Pn. Kimberly. Dan aku hanya mengikuti dia dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Pn. Kimberly menyuruh aku duduk di sofa. Aku turut.

"Kamu duduk lah dulu. Aunty buatkan jus oren untuk kamu" kata Pn. Kimberly.

"Susah-susah aunty je" kata aku ramah.

"Ala.. tak susah pun. Untuk bakal menantu aunty, aunty sanggup buat apa saja" balas Pn. Kimberly.

Aku tersenyum. Mata aku mula meliar memandang kawasan dalam rumah Alexandra. "Aunty, mana Alex? Sebab tujuan saya datang sini nak keluar dengan dia" kataku.

"Ouh. Alex belum balik lagi. Kejap lagi dia balik lah tu" balas Pn. Kimberly. "Kalau macam tu, aunty nak pergi sediakan jus oren" pamit Pn. Kimberly.

Aku hanya menganggukkan kepala. Mataku memandang ke arah Pn. Kimberly yang berjalan menuju ke dapur.

Aku bangun secara tiba-tiba kerana mendengar bunyi kereta dari luar. Kakiku menuju ke tingkap. Aku melihat Alexandra sedang berborak dengan Tengku Hidayat. Diorang balik sekali ke apa.

Tiba-tiba aku melihat mamat Hidayat tu betulkan tudung Alexandra. Aku tak tahu sama ada mamat tu betulkan tudung atau tak. Ataupun ada sesuatu pada muka Alexandra.

Aku lihat wajah Alexandra. Nampak seperti wajahnya ada kemerahan. Dia malu ke dengan mamat tu.

Bibir aku terukir senyuman sinis. Memang senang dia nak kena perangkap dengan mamat tu. Perempuan memang senang jatuh kalau lelaki guna ayat manis.

Pasal hubungan aku dengan Faezah, jujur katakan yang aku tak ada pun perasaan dekat Faezah. Perempuan tu je yang anggap aku sukakan dia. Padahal tak. Aku couple dengan dia pun sebab nak show off dekat semua orang yang 'awek' aku lawa.

Memang Faezah cantik dan putih, tapi hati aku tak ada untuknya. Sebab itu ramai pelajar dekat sekolah panggil aku playboy.

Apabila aku melihat Alexandra ingin menuju ke rumah, dengan pantas aku berlari menuju ke sofa. Aku duduk semula di atas sofa seperti biasa.

"Assalamualaikum Ma.." Aku dengar Alexandra memberi salam. Tapi tergantung apabila dia melihat aku yang terukir senyuman sinis padanya. Terkejut mungkin aku datang ke rumahnya.

Rashdan end pov...

Alexandra berlari ke arah Rashdan. "Kau pahal datang rumah aku hah?!" Marah Alexandra. Matanya memandang Rashdan tajam.

"Lah. Salah ke aku datang ke rumah bakal mertua aku" balas Rashdan sinis.

Pn. Kimberly yang sudah menyiapkan jus oren memandang ke arah mereka berdua. Alexandra sudah balik dari sekolah.

"Hah Alex. Balik pun. Ni Rashdan datang sini sebab nak bawa kamu keluar sekejap" beritahu Pn. Kimberly tersenyum.

"Apa Ma? Tak nak. Tak nak. Tak nak. Alex tak nak keluar. Alex ada homework nak buat ni" bantah Alexandra. Tetapi kerja sekolahnya ada juga guru tinggalkan. Cuma subjek matematik sahaja.

"Kamu ni. Apa salahnya keluar dengan Rashdan. Lagipun, 3 atau 4 tahun kan kamu berdua dah nak kahwin. Apa salahnya dapat mengenal hati budi masing-masing" kata Pn. Kimberly.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now