Waktu rehat...
Di kantin...
"Seriously bie yang si Hidayat tu report dekat Cikgu Shahrizan?" tanya Faezah terkejut.
"Ya you. He was told me before we were went to the class" balas Rashdan.
"So, kau ada plan nak kenakan si TENGKU tu?" tanya Arip. Perkataan Tengku ditekan tanda rasa meluat.
"Hah! Aku ada satu idea"
Mereka memandang ke arah suara itu. Fuad.
"Apa kata kita fitnah Hidayat" cadang Fuad.
"Kita nak fitnah dia apa?" tanya Maizatul.
"Lepas rehat korang subjek apa?" tanya Fuad.
"Aku rasa subjek B.I. Cikgu Solehah yang ajar. Aku tak suka cikgu tu" kata Noreen menyampah.
"Hah! Apa kata aku ambil barang cikgu Solehah and then letak dekat dalam beg Hidayat tu. Lepas tu antara korang nanti cakap lah dekat cikgu Solehah yang Hidayat lah yang ambil barang cikgu tu. Cakap macam tu je" Kata Fuad.
"Tapi nanti mesti Cikgu Solehah akan tanya "macam mana korang tau" lahh..apalah semua tu" kata-kata Huda menyebebkan Fuad terdiam.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Huda.
"Alaa.. Cakap je lah korang yang nampak Hidayat curi barang cikgu Solehah" kata Rashdan. Sepertinya dia suka dengan cadangan Fuad.
"Ok. Kita buat sekarang. Lambat lagi nak habis rehat" kata Zulkifli. Lalu mereka berlapan bangun dari kerusi. Dan kaki mereka melangkah menuju ke bilik guru.
Tanpa mereka sedar, Alexandra yang kebetulan lalu di belakang mereka terdengar perbualan mereka. Lalu dia berlari menuju ke tempat kawan-kawannya untuk memberitahu perkara sebenar.
******
Di bilik guru...
Fuad menjenguk sedikit kepalanya di dalam bilik guru. Kelihatan bilik guru itu sunyi sepi. Tiada kelibat para guru di dalam bilik itu.
Fuad memusingkan tubuh ke belakang memanggil Rashdan dan Arip. "Guys! Jom!" arah Fuad.
Rashdan dan Arip menganggukkan kepalanya. Lalu mereka bertiga memasuki bilik guru manakala Zulkifli hanya memerhati dari luar bilik guru.
Sampai sahaja di meja Pn. Solehah, Fuad menarik setiap laci-laci di meja itu. Manakala Rashdan dan Arip hanya memerhati tingkah laku Fuad.
"Got it!"
Fuad mengambil seutas gelang mutiara milik Pn. Solehah di dalam laci itu. Senyuman sinisnya terukir saat matanya memandang seutas gelang mutiara itu di genggaman tangannya.
'The game is on'
*****
Di hadapan kelas 5 Intelek...
"Nah, kau letak gelang ni dalam beg si Tengku tu" arah Fuad. Manakala Rashdan dan dua orang kawannya hanya mengukirkan senyuman sinis.
Huda mengambil gelang itu. Gelang itu bertukar tangan. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
Lalu kaki Huda melangkah masuk ke dalam kelasnya. Matanya memandang ke arah beg Tengku Hidayat.
Zip beg Tengku Hidayat dibuka perlahan. Lalu gelang mutiara itu diletakkan di dalam beg Tengku Hidayat. Setelah itu, Huda menutup semula zip itu dengan berhati-hati dan berlari meninggalkan kelas.
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
Любовные романыAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...