Bab 9 - Trauma

103 6 0
                                        

Rashdan perlahan-lahan meletakkan tubuh kecil Alexandra di atas katil.

Pn. Kimberly mula membuka penghawa dingin bagi menyejukkan Alexandra. Pn. Kimberly meletakkan alat kawalan jauh untuk penghawa dingin digantung semula.

"Terima kasih Rashdan sebab angkat Alex. Maaflah kalau dia ada susahkan Rashdan ke time keluar" ucap Pn. Kimberly. Senyuman kecil diberikan kepada jejaka itu.

"Sama-sama aunty. Tapi sebelum tu, Dan nak minta maaf sebab tak jaga Alex tadi" pinta Rashda. Entah kenapa dia memikirkan tentang apa yang berlaku sebentar tadi.

"Sebenarnya apa yang terjadi? Aunty tengok Alex tadi ok je?" Soal Pn. Kimberly ingin tahu. Matanya tatap memandang Rashdan.

Rashdan mengeluh. "Sebenarnya Alex hampir kena rogol" cerita Rashdan.

"Astaghfirullah al-azim!" Ucap Pn. Kimberly. Kedua-dua tapak tangan menekup mulut. Tanda terkejut.

"Nasib saya sempat selamatkan Alex" kata Rashdan. Matanya mula beralih pada Alexandra.

"Tapi bukan kamu berdua ada jalan sama-sama ke pergi ke mall?" Tanya Pn. Kimberly pelik.

Rashdan terdiam. Takkan dia nak cakap yang mereka jalan sendirian. Tak pasal-pasal kena baling meja dengan bapanya.

"S-sebenarnya..."

"Sebenarnya Alex yang degil nak pergi parking cepat-cepat time Rashdan pergi toilet. Tak tahu pula benda ni dah terjadi" Alexandra memotong kata-kata Rashdan. Dia terpaksa berbohong pada Pn. Kimberly.

Rashdan memandang Alexandra. Terdiam.

"Alex. Kamu ok ke sayang?" tanya Pn. Kimberly risau. Lalu dia duduk di tepi katil menghadap Alexandra.

Alexandra mengukirkan senyuman kelatnya "Alex ok je mak. Biasa lah dah trauma kalau kena macam ni" balas Alexandra.

"Trauma?" Soal Rashdan dengan kerutan di dahi. Alex pernah kena macam ni ke sebelum tu?.

"Eerr.. nanti aunty cerita. Rashdan boleh tunggu dekat ruang tamu?" Pinta Pn. Kimberly memandang Rashdan. Senyuman kecil diberikan pada anak muda itu.

Rashdan menganggukkan kepalanya. Lalu dia berjalan meninggalkan bilik Alexandra.

Pn. Kimberly beralih pandangan pada Alexandra. "Sayang rehat dulu ok. Nanti kalau sayang dah ok, sayang pergi solat asar, mengaji dengan berzikir ya. Supaya hati kamu tenang" kata Pn. Kimberly. Kepala anak gadisnya digosok perlahan.

Alexandra menganggukkan kepalanya. Tangan kanannya menarik tudung bawal hitam dan disangkut pada kepala katil. Lalu dia membaringkan tubuh di atas tilam. Matanya dipejam untuk seketika.

Pn. Kimberly bangun. Lalu dia meninggalkan bilik Alexandra selepas menutup pintu. Kakinya berjalan menuju ke ruang tamu.

Sampai sahaja di ruang tamu, Pn. Kimberly duduk di sofa. Matanya terus memandang Rashdan. Punggungnya duduk di sofa berhadapan dengan Rashdan.

"Macam yang kamu dengar tadi tu, Alex memang trauma dengan ni. Sebab dia dulu hampir kena cabul. Masa tu umur dia 12 tahun. Dia hampir kena cabul masa dekat sekolah rendah dulu" cerita Pn. Kimberly. Dia mengeluh. Otak Pn. Kimberly sepertinya memainkan video tentang kes itu.

**************************************
Flashback...

5 tahun lepas...

Alexandra menunggu Pn. Kimberly di belakang sekolah. Matanya memandang jam tangan berjenama G-Shock di tangan kirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 1:44 petang.

Alexandra [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang