Part 14 - Nikah

86 8 1
                                    

Alexandra pov..

Sembilan tahun kemudian...

"Rashdan Naufal Bin Ariffin, aku nikahkan dikau dengan puteriku, Alexandra Ain Binti Saifullah dengan mas kahwinnya sebanyak Tiga Ribu Ringgit Malaysia dibayar tunai"

"Aku terima nikahnya Alexandra Ain Binti Saifullah dengan mas kahwinnya sebanyak Tiga Ribu Ringgit dibayar tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh berjujuran di pipi. Kepala aku menunduk sambil menadah tangan untuk membaca doa.

Selepas mengaminkan doa, aku melihat seorang jejaka yang telah menjadi suami aku duduk dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan musuh aku dari zaman sekolah, Rashdan Naufal. Sekotak cincin dibuka.

Aku tengok jarinya mengeletar memakaikan cincin di jari manis kanan aku. Aku tahu dia mesti tak bersedia lagi nak pikulkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Aku juga begitu. Aku pun tidak bersedia lagi nak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Lagipun, aku sibuk dengan fail-fail kes jenayah di pejabat aku.

Ya. Aku dapat tawaran jadi Inspektor di Balai Polis Bukit Aman. Dan Alhamdulillah, aku kerja di sana sudah tiga tahun.

"Alex, apa termenung tu. Salam lah suami kamu tu" aku tersedar apabila mama aku menegur aku.

Aku menelan apabila aku lihat Rashdan menghulurkan tangan kanannya padaku. Aku sambut perlahan-lahan tangan kanannya. Kerasnya tangan dia.

Lalu aku kucup tangan kanannya dengan lembut. Dan aku dapat rasa Rashdan sedang kucup kepala aku. Pipi aku mula membahang.

Bunyi kamera serta lampu kamera yang menangkap gambar kami aku hiraukan. Beberapa saat kemudian, aku meleraikan tangan aku.

Aku memandang para tetamu yang berada di dalam rumahku. Ada tetamu yang tersenyum, ada tetamu yang mengelap air matanya dan ada juga tetamu yang kagum melihat perkahwinan aku dan Rashdan.

Akhirnya pandangan aku beralih pada sekujur tubuh jejaka yang duduk jauh di sebelah papaku. Dari pandangannya, seperti dia rasa kecewa.

Aku hanya mengukirkan senyuman kelat padanya walaupun aku tahu, senyuman aku tidak dapat menghilangkan rasa kecewanya. Aku teringat luahan jejaka di taman tiga hari lepas.

*****************
Flashback...

Aku duduk di sebuah bangku kosong sambil memerhati persekitaran di taman. Ada kanak-kanak yang sedang berlari bersama dengan ibu bapa mereka, ada kanak-kanak sedang bermain gelongsor dan ada juga beberapa orang dewasa yang sedang berjoging di taman.

"Sorry lambat sampai"

Aku mengalihkan pandangan aku apabila ada suara seorang lelaki sedang menegur aku. Aku memberikan senyuman pada lelaki itu.

Aku melihat lelaki itu mengambil tempat di sebelah kanan aku. Duduk sahaja di atas bangku, dia turut mengukirkan senyuman padaku.

"Hah Alex. Ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya lelaki itu.

Aku tersenyum kecil. Aku mengeluarkan sesuatu di dalam beg tangan aku yang berjenama gucci. Lalu sampul surat itu aku serahkan pada lelaki itu.

"Apa ni?" tanya lelaki itu sambil membelek sampul surat itu.

"Buka lah" arahku.

Lalu aku memerhati lelaki itu membuka sampul surat itu dengan pantas. Aku lihat matanya membulat besar membaca isi sampul surat itu.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now