Bab 3 - Lapor

112 13 0
                                        

Alexandra ternganga besar melihat rumah Tengku Hidayat. Tapi paling dia terkejut, rumah Tengku Hidayat berhadapan dengan rumah teres milik keluargannya. Patutlah 2 hari lepas ada lori dihadapan rumah besar ni. Rupa-rupanya keluarga Tengku Hidayat berpindah sini.

"Jom lah masuk" pelawa Tengku Hidayat.

Alexandra menutup mulut besarnya. Kan nanti tak pasal-pasal lalat masuk. Lalu dia mengikuti Tengku Hidayat dari belakang.

Masuk sahaja rumah Tengku Hidayat, mulut Alexandra tidak habis-habis ternganga melihat keluasan rumah besar itu. Dia anggarkan rumah keluarga Tengku Hidayat ini mengikut rumah orang barat.

"Duduk lah dulu. Aku panggil bibik aku buatkan kau air. Mesti kau hauskan?" tanya Tengku Hidayat.

Alexandra menganggukkan kepalanya. Ya. Matanya masih lagi tidak puas memandang rumah Tengku Hidayat. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk.

Tengku Hidayat tersenyum. Lalu dia pergi ke arah dapur untuk memanggil bibiknya untuk membuatkan air pada Alexandra. Setelah memberitahu bibik, remaja lelaki itu datang ke arah ruang tamu semula.

Lalu pembantu rumah Tengku Hidayat melangkah ke arah ruang tamu. Dan cawan yang mengandungi jus oren diletakkan di atas meja perlahan. Setelah itu, pembantu rumah itu pun meninggalkan mereka berdua.

Alexandra dan Tengku Hidayat minum jus oren itu dengan rakus. Dahaga yang amat. Setelah minum, mereka berdua pun meletakkan cawan itu di atas meja.

"Dayat, mana first and kid kau?" tanya Alexandra setelah dia ingat tujuannya datang ke rumah Tengku Hidayat.

"Alaa.. Tak apa lah. Nanti aku rawat lah luka aku ni. Lagipun sikit je" kata Tengku Hidayat mengukirkan senyuman.

Alexandra merenung muka Tengku Hidayat dengan riak kosong 😑. "Bagi aku rawat juga" katanya serius

Tengku Hidayat mengeluh. Tengok sahaja muka Alexandra yang serius itu Tengku Hidayat mula rasa gerun. Kakinya melangkah mengambil peti kecemasan yang terletak pada sudut dinding ruang tamu.

Selepas mengambil peti kecemasan, Tengku Hidayat melangkah ke sofa semula. Lalu dia meletakkan peti kecemasan itu di atas meja.

Alexandra membuka peti kecemasan. Lalu dia mengambil ubat antiseptik di dalam kotak itu serta 3 bebola kapas. Setelah keluarkan ubat antiseptik serta kapas, gadis itu meletakkan ubat itu pada kapas.

Alexanda perlahan-lahan meletakkan kapas itu pada luka di hujung bibir Tengku Hidayat.

"Auch!"

"Tahan lah sikit. Kau tu laki kot" kata Alexandra.

"Alaa kau ni. Cuba kalau kau dalam situasi aku. Confirm kau akan rasa sakit juga macam aku" kata Tengku Hidayat tidak puas hati.

Alexandra tergelak kecil. Kali ini dia perlahankan tangannya untuk meletakkan ubat itu di luka Tengku Hidayat.

Tengku Hidayat terdiam memerhati wajah Alexandra. Baginya, jikalau melihat muka Alexandra dari dekat begitu cantik. Bulu mata melentik lebat, matanya yang berwarna coklat gelap, hidungnya yang mancung. Dan matanya lelaki itu tertumpu pada bibir tebal Alexandra.

'Macam mana diorang pandang buruk pada Alex sedangkan dia memang cantik' kata Tengku Hidayat di dalam hati.

Tengku Hidayat menyumpah seranah pada Rashdan serta kawan-kawannya. Mereka semua memandang paras rupa daripada pandang dari segi hati. Dia tahu Rashdan mempunyai hubungan dengan Faezah.

Tengku Hidayat mengaku Faezah memang cantik orangnya. Siapa yang tidak jatuh cinta pada si gadis berkulit putih itu. Tetapi gadis itu tidak cantik dari segi hatinya. Tergedik!

Alexandra [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang