Bab 10 - Pandangan

83 8 2
                                    

Di NU Sentral...

3 : 11 p.m.

Di Mc'Donald

"Kita lepak dekat Mc'D jelah Dayat" cadang Alexandra pada Tengku Hidayat.

Selepas tamat pembelajaran, Tengku Hidayat ada mengajak Alexandra serta Ahmad dan Salmah. Tapi mereka berdua menolak apabila ibu bapa mereka melarang mereka melepak di dalam pusat beli belah.

Jadi, Alexandra sahaja yang mengikuti Tengku Hidayat. Itu pun dia minta kebenaran Pn. Kimberly untuk membuat kerja berkumpulan di dalam pusat beli belah.

"Ok lah. Aku ikut kau je" Tengku Hidayat juga setuju dengan kata-kata Alexandra.

Alexandra dan Tengku Hidayat masuk ke dalam restoran francais itu.

"Kau order dekat aku. Aku beli kan makanan untuk kau. Nanti duit tu kau bayar balik dekat aku" kata Tengku Hidayat.

"Ok juga. Ni pun aku nak cari tempat. Takut nanti ramai pula" kata Alexandra.

Selepas Alexandra memesan makanan pada Tengku Hidayat, Alexandra pun mula mencari tempat duduk. Dan mata Alexandra sudah dapat tempat duduk di restoran itu.

10 minit kemudian, Tengku Hidayat membawa makanannya serta makanan yang dipesan oleh Alexandra. Dulang itu diletakkan secara berhati-hati.

Alexandra mengeluarkan dompet di dalam poket baju sekolahnya. Lalu wang sejumlah RM 10 diserahkan pada Tengku Hidayat. "Nah Dayat. Duit makanan aku tu. Baki tu kau simpan jelah" katanya.

Maklum lah, dulu harga Mc'Donald bawah RM 10.

Tengku Hidayat ketawa kecil "tadi aku gurau jelah. Ambil lah duit kau tu. Aku belanja" katanya. Tangannya meletakkan makanan Alexandra terlebih dahulu.

"Lah tak apa lah. Lagipun, tu makanan aku. Nah ambil lah" Alexandra masih lagi memberi RM 10 itu pada Tengku Hidayat.

"Alex. Ambil je duit kau tu. Lagipun, aku ikhlas belanja kau ni. Aku tahu time rehat kau tak sempat makan. Ambil je duit kau tu" kata Tengku Hidayat sedikit tegas.

Alexandra mengeluh. Lalu duitnya disimpan di dalam dompet.

"Nanti kita nak study subgsjdkksk ajakaj.."

Alexandra ketawa kecil " Kot ye pun nak cakap. Habiskan makanan dalam mulut tu dulu" katanya dengan gelengan kepala.

Tengku Hidayat ketawa. Makanan dalam mulutnya ditelan. "Aku cakap tadi nak study subject apa?" Katanya.

"Aku nak study math. Kau tahukan aku ni dah lah fail math" kata Alexamdra jujur.

Memang dikatakan yang dia gagal dalam subjek matematik. Setiap peperiksaannya dia akan mendapat markah 30 ke bawah.

Tengku Hidayat tergelak kecil. Kepalanya digelengkan perlahan. "Takpe, aku boleh ajar kau" bicaranya.

Alexandra mengukirkan senyuman manis "thanks" ucapnya. Lalu dia menyambung makan Doublecheese burger miliknya.

Tengku Hidayat memandang Alexandra semula. Nak tanya ke tak pasal Rashdan tu?

"Err Alex, kalau aku cakap ni, kau jangan marah aku tau" kata Tengku Hidayat perlahan.

"Lah. Kau tak tanya, macam mana aku nak marah" kata Alexandra apabila dia selesai minum air coca-cola. Matanya memandang Tengku Hidayat dengan senyuman.

"Errr..ni pasal time rehat tadi"

Senyuman bibir Alexandra terus pudar. Ya. Pasal Faezah lempar gambar yang dia berjalan dengan Rashdan semalam.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now