Bab 6 - Gaduh

88 13 2
                                    

Pang!

Kepala Alexandra terteleng ke kanan apabila Rashdan dengan berani menampar Alexandra di hadapan pelajar-pelajar lain. Pipi kirinya yang mula merasa kebas disentuh.

Rashdan juga begitu terkejut dengan tindakannya. Walaupun dia kerap membuli Alexandra, tetapi Rashdan tidak pernah sekali menampar Alexandra.

Faezah serta rakan-rakannya tersenyum sinis. Bagi mereka, dengan melihat Alexandra ditampar membuatkan hati mereka menjadi gembira.

Tengku Hidayat datang ke arah Alexandra. "Alex, kau ok tak?" Tanyanya risau. Matanya terus sahaja memandang ke arah Rashdan. "Puas kau tampar dia sial? PUAS?!!" marahnya dengan suara kuat.

"Weh! Dia layak kena makan lempang dengan Rashdan. Siapa suruh kacau kitorang" kata Huda sinis. Dia memeluk tubuhnya.

"AKU TAK CAKAP DENGAN KAU LAH PEREMPUAN!" marah Tengku Hidayat pada Huda.

Alexandra sudah berapi. Kali ini dia tidak akan menunduk lagi. Matanya memandang Rashdan begitu tajam. Dia sudah muak dengan sikap Rashdan. Tubuh Tengku Hidayat ditolak. Lalu dia menerpah ke arah Rashdan.

Buk!

"Babe!" Faezah terkejut apabila Alexandra menumbuk pipi kiri Rashdan.

"AKU DAH LAMA HILANG SABAR DENGAN PERANGAI KAU NI SETAN!!!" Alexandra mengamuk. Tangan kanannya terus menerus tumbuk Rashdan.

Fuad dan Zuklifli cuba menarik Alexandra daripada gadis itu terus bertumbuk Rashdan. Namun, di mana tenaga lelakinya, tubuh mereka berdua ditolak sehingga terjatuh di atas lantai.

"HEI ALEX!! BERHENTI LAH!!" Faezah cuba menarik lengan kanan Alexandra.

Alexandra yang berasa dirinya di ganggu terus mengalihkan pandangan pada Faezah. Nafasnya tidak teratur kerana merasa marah dengan Faezah. Matanya setajam-tajam memandang Faezah.

Faezah yang terkejut dengan pandangan Alexandra segera menjauhkan dirinta beberapa langkah. Entah kenapa dia berasa takut dengan Alexandra versi terbaru Itu.

Tengku Hidayat hanya memerhati saja tingkah laku Alexandra yang memandang Faezah seperti mahu melenyapkan gadis berkulit putih itu. Dan pada masa yang sama, dia terkejut dengan sikap Alexandra yang sekarang.

"Tengku, takkan nak biarkan kawan kau terus tumbuk Rashdan je. Tolong lah" marah Noreen pula. Entah kenapa dia pun turut takut dengan Alexandra.

"Hem? Nak tolong ke tak?" Kata Tengku Hidayat yang membuat gaya orang fikir. "Hem..tak nak lah. Biar lah Alex belasah mamat tu. Happy sikit hati aku bila tengok mamat tu kena belasah" kata Tengku Hidayat sinis.

Setelah puas mengerjakan Rashdan, Alexandra bangun. Kedua-dua lututnya yang beralaskan baju sekolahnya disapu seperti mahu membuang habuk. Matanya memandang ke arah muka Rashdan.

Hujung bibir dan mata kiri Rashdan mula menunjukkan kesan lebam. Dia mencalitkan ibu jari kirinya pada hujung bibir. Terdapat kesan darah. Tangan kirinya rebah selepas menyentuh hujung bibirnya.

"APA YANG BERLAKU DEKAT SINI?!!"

Kesemua pelajar yang berada di dalam kantin memandang ke arah suara itu. Dilihat guru disiplin, Pn. Shahrizan datang sambil membawa rotan di tangan.

Mata Alexandra memandang ke arah pelajar itu. Bibirnya mengukirkan senyuman. Senyuman yang sangat sinis. Dia tahu pelajar itu yang melaporkan pergaduhan itu. Kepalanya diangguk - anggukkan.

Arip







******







Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now