Bab 12 - Marah

70 3 1
                                    

"Team FaHuNoMa?"

"HAH?!"

Alexandra, Syazwani dan Fadhila terpinga-pinga mendengar nama pelik itu.

"Weii Salmah, kita lawan dengan alien ke? Pelik benor nama diorang tu" tanya Fadhilah. Kepalanya yang tersarung dengan tudung sekolah digaru tidak gatal.

"Tak tahu lah weii. Tak ada nama betul diorang dekat sini" balas Salmah sambil dia menilik kertas itu. Mana tahu ada tertulis nama asli ahli kumpulan itu.

"Tu nama team aku lah bahlol" tak angin, tak ribut, mereka berempat ditegur oleh satu kumpulan dengan teguran kasar.

Mereka berempat memusingkan tubuh memandang gerangan itu. Dan mereka terdiam.

Fadhilah dan Syazwani menundukkan kepala memandang lantai apabila mata mereka berdua bertembung dengan Faezah dan kawan-kawannya. Manakala Alexandra dan Salmah hanya memandang mereka dengan pandangan kosong.

"Apahal nama team kau ni macam alien hah? Macam tak sedap je bunyi dia" kata Salmah pedas. Kertas yang berada di tangannya diletakkan pada meja yang terdekat.

"Mulut kau.."

"Kau nak cari pasal dengan kawan aku? Langkah mayat aku dulu minah" Alexandra terus berdiri di hadapan Faezah.

Bandingkan ketinggian Alexandra dan Faezah, Alexandra hanya tinggi dalam lima sentimeter daripada Faezah. Bermaksud tinggi Alexandra seratus lima puluh tujuh sentimeter. Manakala ketinggian Faezah hanyalah seratus lima puluh dua sentimeter.

Faezah tersenyum sinis. "Kita tengok siapa yang menang" katanya bongkak.

"Ok semua.  Cikgu dah aturkan pasukan yang akan lawan terlebih dahulu. Team FaHuNoMa akan start game dulu lawan team Alexandra. Dan team Laila akan start game lawan team Shuhada"

Faezah tersenyum sinis memandang Alexandra apabila pasukannya akan memulakan permainan mereka terlebih dahulu. Kau tengok nanti apa yang aku buat dengan team korang.

Faezah dan kawan-kawannya mula membuat bulatan. Manakala kumpulan Alexandra duduk di dalam bulatan kumpulan Faezah.

Prriiiiiitt!

Wisel telah dibunyikan. Faezah mula melontarkan bola jaring pada Alexandra.

Namun Alexandra dapat mengelakkannya sehinggakan bola itu sampai di tangan Huda.

Huda pun memlontarkan bola itu ke arah Salmah.

"Dapat!" Salmah akhirnya menangkap bola yang di baling oleh Huda. Dan bola itu Salmah baling ke arah Huda yang berdiri di hadapannya.

Buk!

"KAU KELUAR!" Salmah gembira kerana bola yang dibalingnya tidak dapat ditangkap oleh Huda dan sekaligus Huda keluar dari permainan.

Noreen mengetap bibirnya. Bola yang tidak jauh dari kakinya diambil. Matanya cuba fokus untuk mencari 'sasaran' dalam kumpulan Alexandra.

Setelah dia sudah mencapai sasaran itu, Noreen membaling bola itu dengan kuat sehinggakan tubuh seseorang mengerang kesakitan.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now