Keesokkan harinya...
Enam petang....
Selepas habis waktu bekerja, pasangan suami isteri terus bergerak menuju ke rumah suaminya itu. Siapa lagi kalau bukan Alexandra dan Rashdan.
"Pintu warna coklat tu bilik kau" beritahu Rashdan setelah dia menarik beg bagasi miliknya ke dalam rumah.
Alexandra memandang ke arah pintu berwarna coklat itu. Bilik tidurnya berhadapan dengan bilik tidur suaminya.
"Besar juga rumah kau ni kan" Alexandra melihat ruang-ruang di dalam rumah agam itu. Banyak juga barang perabot yang mahal di ruang tamu.
"Well, patutnya kau kena kerja dengan aku. Gaji aku ni lagi lumayan daripada gaji kau. Yelah. Kau kan kerja kerajaan" angkuh Rashdan bersuara.
"Aku tak minat bab-bab bisnes macam kau ni. Aku dari kecil minat pasal kes-kes jenayah ni. So, that's why i want to be an inspector" kata Alexandra tenang.
Beg bagasi milik Alexandra dipegang. "Kalau tak ada apa-apa, aku nak masuk bilik. Nak rehat". Tanpa menunggu Rashdan bersuara, wanita itu mula menarik beg bagasinya menuju ke bilik tidur.
Rashdan hanya menggelengkan kepalanya. Dia pun juga melangkah ke arah bilik tidurnya.
Masuk sahaja di dalam bilik, Alexandra meletakkan beg bagasi di hadapan almari. Tudung bawal hitamnya turut dilepaskan. Apabila tubuhnya memusing menghadap katil, wanita itu berlari ke arah katil empuk dan direbahkan tubuh di atas katil.
"Penatnya" keluh wanita itu. Bantal peluk yang berada disebelahnya diambil dan dipeluk.
"Tak pe kan aku tidur sekejap?" kata Alexandra sendirian. Tidur jelah.
Perlahan-lahan mata Alexandra mula memberat. Dan akhirnya wanita itu sudah terlelap kerana penat.
*****
Di Pavillion...
"Thank you. Please come again"
Wanita itu menyambut beg kertas berjenama Christian Dior dengan angkuh selepas pekerja di situ menghulurkan beg kertas. Lalu wanita itu melangkah keluar daripada kedai serba mewah itu.
Sedang berjalan di dalam pusat beli-belah, mata wanita itu melihat sekujur tubuh lelaki yang sedang duduk di bangku sambil bermain telefon pintarnya. Kakinya laju melangkah ke arah lelaki itu.
"Fuad, Right?" Tegur wanita itu.
Fuad mengangkat kepala memandang gerangan yang menegurnya. Air liur ditelan kelat apabila wanita yang menegurnya adalah bekas kekasih rakan karibnya, Faezah.
"Kau Faezah kan?" Fuad berpura-pura seperti tidak mengenali wanita itu. Dia bangun daripada bangku.
"Kau ni. Macam lah kau tak dapat nak cam muka aku. Aku Faezah lah" kata wanita itu. "Ni kau datang dengan siapa?" Soalnya.
"Aku datang dengan Zul. Dia pergi toilet sekejap" beritahu Fuad. "Bila kau balik sini? Bukan kau kata kau nak duduk UK selama-lamanya ke?" tanya Fuad apabila dia teringat cerita daripada Rashdan tentang Faezah.
"Takde lah selama-lamanya aku nak duduk sana. Sejuk kot. Lagipun, aku ni kan berdarah Malaysia. Darah aku ni tak sesuai duduk sana. Hahahaha" gurau Faezah.
"Hahaha!" Fuad ketawa kekok.
"By the way, memandangkan kau dekat sini, aku nak tanya sikit pasal Rashdan"
Fuad menelan air liurnya sekali lagi. Sudah. Minah depan aku nak tanya pasal dia pula.
"Kau nak tanya apa?"
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
RomansaAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...