Alexandra, Salmah, Ahmad bergerak menuju ke pondok di mana mereka berehat. Diikuti Tengku Hidayat dari belakang.
"Aku harap kau biasalah dengan tempat kiorang ni" kata Salmah apabila mereka berempat telah sampai di pondok.
Botol air serta bekalan makanan diletakkan di atas meja. Lalu mereka duduk bersila di atas lantai pondok.
"Tak apa. Aku ok je. Lagipun tak perlulah aku dengar suara budak-budak nak berebut barisan lah, jerit-jerit lah. Kat sini senyap. Kalau nak study dekat sini pun senang sebab tak dengar bunyi bising" kata Tengku Hidayat. Itulah ciri-cirinya, tidak suka bunyi bising.
Mata Tengku Hidayat memandang ke arah Alexandra yang sedang membetulkan tudung sekolahnya. Entah kenapa Alexandra begitu comel baginya.
Jangan mengarut Dayat!
Alexandra yang sedar pandangan mata Tengku Hidayat segera memandang pada bekas. Penutup bekas itu dibuka dengan kelam-kabut.
"Alex, aku tahu kau tengah lapar. Tapi kau jangan lah kabut sangat nak bukanya" tegur Ahmad bila dia perasan akan itu.
"Diam lah kau" Alexandra menghadiahkan jelingan tajam pada Ahmad.
Tergelak Salmah dan Ahmad.
Growl~~
Alexandra, Salmah dan Ahmad ke arah Tengku Hidayat apabila telinga mereka menangkap bunyi perut Tengku Hidayat.
"Ehehehe. Boleh tak antara korang teman aku pergi beli makanan dekat kantin?" Tanya Tengku Hidayat sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Salmah dan Ahmad memandang ke tempat lain. Seperti mahu menghindari dari membalas kata-kata Tengku Hidayat.
Alexandra menggelengkan kepalanya. Seperti dia mengagak dengan kawan-kawannya itu. Lalu Alexandra menutup bekas makanannya. Alexandra bangun dari duduk.
"Tak apa lah. Aku teman kau" Alexandra pelawa dirinya untuk teman Tengku Hidayat. Matanya sempat menjeling Salma dan Ahmad yang menghela nafas lega.
"Thanks Alex" ucap Tengku Hidayat.
Alexandra mengangguk kepalanya sambil mengukirkan senyuman manis. Lalu dia bangun dari bangku.
"Korang jangan nak makan makanan aku pula nanti" Alexandra sempat memberikan pesanan pada Salmah dan Ahmad.
Bukannya Alexandra tidak tahu bahawa Salmah ataupun Ahmad pernah ambil makanannya sampaikan kuantiti di dalam makanan tinggal sedikit.
"Hahahaha. Don't worry. Kitorang dah insaf dah ambil makanan kau. Lagipun mak aku bekalkan nasi lemak buatan mak aku yang disayangi" kata Salmah. Lalu dia jamah nasi lemak dengan gelojoh.
"Weh! Weh! Salmah! perlahan makan tu" Ahmad memandang Salmah dengan gelengan kepala.
Alexandra dan Tengku Hidayat pun bergerak menuju ke arah kantin. Sampai sahaja di kantin, kelihatan para pelajar berpusu-pusu untuk membeli makanan.
"Uishhh! Ramai betul. Confirm lambat nanti nak makan" kata Tengku Hidayat apabila matanya memandang ke kaunter kantin itu. Ramai.
"Baik kau beratur cepat. Aku tunggu kau dekat sini lah" kata Alexandra.
Tengku Hidayat menganggukkan kepalanya. Kaki Tengku Hidayat melangkah ke arah kaunter untuk membeli makanan.
Manakala Alexandra hanya menunggu di luar kantin. Lihat sahaja para pelajar di kantin membuatkan dia tidak selesa ditambah lagi dengan bunyi bising. Lagi-lagi budak lelaki yang bising.
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
RomanceAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...