Di Taman...
Rashdan terus sahaja duduk di bangku kosong. Jejaka itu termengah-mengah mencari nafas. Tak sangka pula dia penat berjalan kaki dari rumah Alexandra ke taman. Baik bawa kereta aku je tadi.
"Aik? Penat ke?"
Rashdan mengangkat kepalanya. Dia melihat Alexandra tersenyum sinis memandangnya sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada.
"Kau ni mesti malas nak berjogingkan. Haihhh.. aku rasa mesti perut kau tu dah buncit" Alexandra menambah kata-kata pedasnya pada Rashdan. Matanya sempat menjeling pada perut Rashdan sebelum memandang wajah remaja lelaki itu.
Rashdan mengetap bibirnya. Geram.
Alexandra melepaskan kedua-dua tangannya yang menyilang. "Ok lah. Aku nak joging. Kau boleh duduk sini. Tapi kalau kau tak suka berlama-lama dekat sini, dipersilakan untuk pergi dari taman ni" katanya sinis.
Rashdan berdecit. "Aku takkan tinggalkan kau dekat sini. Kan tak pasal-pasal aku kena sound dengan mama kau" balasnya bersahaja.
Alexandra mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Ikut suka kau lah".
Alexandra mula memanaskan badannya sebelum dia berjoging keliling padang yang luas itu.
Setelah dua minit memanaskan badan, Alexandra mula berjalan terlebih dahulu. Kalau terus berlari, kaki Alexandra akan berasa sakit dan kejang.
Rashdan mengeluarkan iphone 6s serta earphone di dalam kocek seluarnya. Ibu jarinya menekan ikon muzik. Lagu yang bertajuk Crush nyanyi David Archuleta dibuka.
Kepala Rashdan mendarat pada kepala bangku. Kedua-dua bola matanya ditutup kerana dia menghayati lagu yang dimainnya.
'Do you ever think,
When you're all alone,
All that we could be,
Where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it real or just another crush?Ibu jari kanan Rashdan menekan butang pause pada lagu itu. Mulutnya yang berkata-kata tadi terhenti seketika apabila dia bernyanyi bahagian korus itu.
"Am I crazy or Falling in love? Is it real or just another crush?"
Mulut Rashdan mengulangi ayat lirik itu. Sepertinya, lirik itu ditujukan pada dia. Lalu ibu jarinya menekan semula butang play. Lagu itu sambung dimainkan.
'Do you catch a breath,
When I look at you,
Are you holding back,
Like the way you do,
'Cause I'm trying, trying to walk away,
But I know this crush ain't going away,
Going away'Mata Rashdan terus memandang Alexandra yang sedang berlari keliling taman. Air liurnya ditelan.
"T-takkan aku sukakan dia kot" kata Rashdan sendirian.
Pantas Rashdan menggelengkan kepalanya. Tak boleh! Tak boleh! Aku tak boleh suka dekat minah gelap tu. Dia bukan taste aku.
Alexandra menghentikan lariannya apabila ada tubuh seorang lelaki sedang menghalang lariannya.
"Lah kau rupanya Dayat" tersenyum Alexandra apabila Tengku Hidayat yang juga memberikan senyuman padanya.
Tengku Hidayat membuat gaya peace pada Alexandra. "Kau ni kan Alex. Pergi taman tak ajak aku" rungut Tengku Hidayat.
Rashdan berkerut apabila dia terlihat tubuh remaja lelaki sedang berbual dengan Alexandra. Setelah dia mengecilkan kedua bola matanya, mata Rashdan membulat besar apabila remaja lelaki yang menegur Alexandra adalah Tengku Hidayat.
![](https://img.wattpad.com/cover/220828332-288-k652987.jpg)
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
RomantizmAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...