"Assalamualaikum puan"
Pn. Hashimah memandang Alexandra. "Waalaikumusalam" balasnya. "Cik ni siapa ya?" Tanyanya. Sesekali matanya memandang wajah wanita itu. Cantik.
"Saya ni Inspektor Alexandra. Puan boleh panggil saya Alex saja" kata Alexandra. Senyuman manis diukirkan pada Pn. Hashimah.
"Awak polis ke?" Tanya Pn. Hashimah. Pada masa yang sama, dia terkejut kerana Alexandra memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor.
"Ya saya polis. Dan saya juga soal siasat anak puan. Dan anak puan memang tak bersalah" ucap Alexandra sambil menundukkan hormatnya.
Pn. Hashimah mengucap syukur. Senyuman manis diberikan pada Alexandra. "Terima kasih kerana bebaskan anak mak cik. Saya terhutang budi dengan cik Inspektor" ucapnya.
Alexandra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa janggal pula apabila ada yang tua daripadanya mengelarkan dirinya Inspektor. "Puan tak payah lah panggil saya Inspektor. Panggil saja saya Alex" katanya.
Bibir Saiful Aiman menyenget ke kiri. Tadi dengan aku bukan main kasar. Bila depan ibu, baik macam bidadari.
"Mak cik nak minta maaf dekat Alex kalau Epul ada menyusahkan Alex tadi" ucap Pn. Hashimah tersenyum.
Alexandra mengukirkan senyuman kecil. "Eh! Tak apa. Saya ok saja mak cik. Nama anak mak cik Epul? Saiful ke nama dia?" katanya. Tetapi di dalam hati dia sudah sumpah seranah pada budak itu.
"Ya. Nama dia Saiful Aiman" balas Pn. Hashimah.
Alexandra menganggukkan kepalanya. Saiful Aiman nama dia. Dah lah nama Saiful tu sama dengan nama bapanya.
"Ya ke aku tak menyusahkan kau? Padahal dalam kereta bukan kau main marah dekat aku tadi" kata Saiful Aiman sinis. Kedua-dua tangannya bersilang.
Pn. Hashimah yang geram dengab kata-kata Saiful Aiman terus memiat telinga kanan anaknya.
"Amboii bahasa kamu. Macam tu ke cakap dengan polis" kata Pn. Hashimah geram.
"Aduh! Aduh! Ibu sakit" Saiful Aiman memukul perlahan tangan sang ibu yang memiat telinganya.
"Tahu pun sakit"
Alexandra ketawa kecil melihat Saiful Aiman yang merintih kesakitan. Tu lah. kurang ajar dengan aku lagi. Kan dah kena piat telinga.
Pn. Hashimah melepaskan telinga Saiful Aiman. "Lain kali orang dah tolong tu cakap terima kasih" pesannya tegas.
"Yelah ibu" jawab Saiful Aiman malas.
"Yelah apa?!"
Saiful Aiman mengeluh. Nak tak nak dia harus mengucapkan terima kasih pada Alexandra.
"Te.ri.ma ka.sih Inspektor" ucap Saiful Aiman malas.
"Ucap tu biar ikhlas" setepek Pn. Hashimah berkata.
Alexandra memandang Saiful Aiman dengan sengihan sinis. Kedua-dua belah tangannya menyilang di dada.
"Akak polis, terima kasih lah hantar saya ke rumah~~" ucap Saiful Aiman dengan gaya berpura-pura gembiranya.
Alexandra menggelengkan kepalanya. Nampak sangat budak tu masih tidak ikhlas mengucapkan terima kasih padanya. Nada suara lelaki itu pun sudah dapat dia tahu.
"Sama-sama adik comel" Alexandra perli Saiful Aiman.
Membulat kedua-dua mata Saiful Aiman. Dia tidak suka jika ada orang memanggil dirinya 'comel'. Sungguh remaja lelaki itu anti dengan perkataan comel.
"Siapa comel kau hah?!" Marah Saiful Aiman.
"EPUL!"
Panggilan Pn. Hashimah dihiraukan. Lalu Saiful Aiman melangkah memasuki rumahnya dengan perasaan geram.
YOU ARE READING
Alexandra [HIATUS]
RomanceAlexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkulit putih. Di sekolahnya, Dia sering dibuli oleh pelajar kelasnya dan budak-budak glamour kerana dari...