Bab 11 - Suka

85 6 0
                                    

Enam hari kemudian...

12 : 30 p.m.

Di rumah keluarga Rashdan..

"Aik mama? Mama masak banyak-banyak ni ada tetamu nak datang ke?" Soal Rashdan apabila matanya memandang ke meja makan.

"A'ah. Keluarga Alex nak datang makan-makan dekat sini. Kamu jangan nak dok keluar pula kejap lagi. Duduk rumah layan tetamu" Pn. Natasha sempat memberi amaran pada Rashdan.

"Ala mama. Rashdan dah janji dengan kawan-kawan Rashdan nak keluar hari ni. Mana boleh macam ni mama" balas Rashdan tidak puas hati.

"Call kawan-kawan kamu tu, cakap yang kamu ada hal family. Settle" balas Pn. Natasha bersahaja. Kakinya melangkah ke arah dapur untuk mengambil jug minuman.

Rashdan mendengus. Geram pun ada. Dengan malas dia membuat panggilan pada Arip.

"Helo Dan? Kau kat rumah lagi ke?"
Tanya Arip di dalam panggilan.

"Weh Arip! Hari ni aku tak dapat join korang lah. Hari ni mama aku bagitahu aku ada 'saudara' aku datang" kata Rashdan. Dia tidak mahu mengatakan bahawa keluarga Alexandra yang datang.

"Ohh yeke. Tak apa lah weyy. Ni pun aku otw nak pergi ambil Zul dulu. Kirim salam dekat mama kau" kata Arip

"Ok" selesai tamat panggilan, Rashdan menyimpan semula iphone 6s+ di dalam poket.

"Dah call kawan-kawan kamu?" Tanya Pn. Natasha yang sedang meletakkan jug minuman di atas meja.

"Dah. Arip kirim salam dengan mama" balas Rashdan.

"Waalaikumusalam" jawab Pn. Natasah.

En. Ariffin turun dari tangga. Lalu dia berjalan menuju ke meja makan. "Sekejap lagi En. Saifullah sampai ke sini" beritahunya selepas dia duduk di atas kerusi.

Pn. Natasha menganggukkan kepalanya. Manakala Rashdan hanya berdiam diri sahaja. Dia pun duduk di atas kerusi.

Ting! Tong!

"Dah sampai dah diorang" kata En. Ariffin.

"Sayang pergi bukakan pintu sekejap" kata Pn. Natasha. Dia berlari kecil ke arah pintu ruang tamu.

"Assalamualaikum kak Natasha" tegur Pn. Kimberly.

"Waalaikumusalam Kim" jawab Pn. Natasha.

Lalu kedua-dua wanita itu berpelukan sambil memberikan ciuman di pipi tiga kali. "Meh lah masuk. Akak dah siapkan lauk untuk lunch" kata Pn. Natasha lembut.

"Baik" balas Pn. Kimberly. Lalu ketiga-tiga beranak itu masuk ke dalam rumah En. Ariffin.

"Assalamualaikum bro" tegur En. Saifullah.

Lalu En. Saifullah dan En. Ariffin berpelukan gembira.

Manakala Alexandra dan Rashdan hanya memerhati perilaku ayah mereka. Sesekali mata Alexandra bertembung dengan Rashdan yang turut memandangnya. Lalu pandangan mereka di alihkan.

"Meh! Meh duduk" Pn. Natasha mempelawa keluarga Alexandra duduk di kerusi.

Alexandra dan keluarganya duduk. Sesekali mata mereka memandang ke arah lauk yang dimasak oleh Pn. Natasha.

"Banyaknya kak Natasha masak. Gemuklah kami beranak ni nanti. Hahahaha" gurau Pn. Kimberly.

"Apa salahnya. Nanti suami kita makin sayang. Betul tak abang?" tanya Pn. Natasha. Kening kiri diangkat memandang suaminya.

Alexandra [HIATUS]Where stories live. Discover now