14

46 9 0
                                    

30 𝘔𝘦𝘪 2017

"Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.

(Surah al-Israa’: 33)Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasululah ﷺ bersabda:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”

(Sahih Muslim no. 109)Imam al-Nawawi menyatakan bahawa orang yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab seperti mana dia membunuh dirinya di dalam neraka, dan dia tidak akan masuk ke syurga melainkan dirinya muslim. [Rujuk: al-Minhaj 2/118]"

"Jadi kalau ada anak-anak ustaz yang pernah berniat atau pernah mencuba untuk bunuh diri, segeralah bertaubat ya. Ingat nyawa ini berharga kerana ia anugerah dari tuhan"

"Kalau ada yang pernah cuba bunuh diri namun masih di beri peluang untuk bernafas pada hari ini. Itu tandanya Allah masih sayangkan kamu. Masih ada peluang untuk memohon ampun padanya"

"Ingat ya anak-anak, seperit mana pun hidup yang kamu tempuhi, bunuh diri bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian "

𝘔𝘈𝘠𝘈 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘦𝘭𝘦𝘬𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢. 𝘊𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘶𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘫𝘦𝘮𝘱𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘮 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢.

𝘔𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳, 𝘥𝘪𝘢 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘶𝘩.

𝘚𝘦𝘵𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘢𝘪𝘳 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘵𝘢𝘱𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢.

AmayaWhere stories live. Discover now