Kembali ke pejabat selepas lebih setengah jam di gerai makan, aku dan kedua-dua setiausaha yang baru aku kenali bergegas ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Pukul 2.30 petang Encik Shafiq mahu berjumpa aku di biliknya.
Tak banyak mana tugas yang diberikan padaku untuk minggu pertama ini. Selebihnya, hanya penerangan tentang kepentingan aku di dalam syarikat multi-international ini yang diutamakan.
"Kebetulan malam esok, saya ada dinner dengan client penting. Saya nak awak ikut sekali. Cik Hani kena belajar selok-belok untuk berurusan dengan client kita. Mana tahu lepas ni, awak kena pergi seorang diri. Oh ya! Datuk Ammar juga akan sertai kita nanti."
"Saya tak keberatan kalau melibatkan tugas saya, Encik Shafiq."
"Good. Jumpa di Hotel Melia pukul 8.00 esok malam."
"Insya-ALLAH!" aku minta diri selepas dua jam berada di dalam pejabat Encik Shafiq. Bermula dari sekarang, akan bekerja di bawah selian beliau. Hilang gementar dan rasa takut semenjak pagi tadi. Doaku termakbul. Aku berharap sangat agar mendapat seorang ketua yang tidak garang.
"Er.. Hani, tunggu sekejap?"
Tak jadi aku angkat punggung. Mendongak ke wajah Encik Shafiq. "Ya, ada apa-apa lagi yang Encik Syafiq nak beritahu saya?"
"Betul ke you dah berpunya?"
Aku terkesima. Dalihku sewaktu makan tengahari tadi memakan diri.
"Kenapa Encik Syafiq nak tahu?"
"Saja, kalau betul awak dah ada someone special, saya tak beranilah nak mengorat awak." Dia ketawa kecil.
Aku angguk dan faham dia ketuaku itu hanya bergurau.
"Encik Syafiq pun mesti dah berteman atau mungkin dah ada isteri." Sekadar memberi nasihat agar jangan cuba-cuba nak menggatal dengan perempuan lain jika dia sudah berkahwin.
"Cik Hani tengok saya ni macam dah ada isteri ke?"
Aku angkat bahu. "Entah! saya main teka je. Kalau salah, I'm so sorry."
"Saya masih bujang lagi, Cik Hani. Awak pulak, bila nak berumah-tangga?"
"Er... belum sampai seru, Encik Shafiq. Saya pun baru habis study, banyak perkara yang nak diselesaikan dulu sebelum fikir nak berkahwin."
"Dari lunch tadi, I tak nampak mana-mana cincin dekat jari awak?"
Eh! Sampai begitu sekali Encik Syafiq menelitiku. Hingga ke jari? "Saya tak kata saya dah bertunang. Yang saya maksudkan tadi, hati ni dah dimilik seseorang."
"Oh begitu,"
"O.k. lah Encik Shafiq, saya nak balik ke bilik saya dulu. Fail ni, saya akan teliti mana yang perlu untuk perbincngan malam esok."
"Esok saya akan ke Seremban sampai petang. Apa-apa yang you tak faham, you boleh jumpa Zaid untuk penerangan lebih lanjut. You drive sendiri ke?"
"Saya belum ada kereta, saya guna Grab Car sahajalah."
"Jangan risau. Lepas enam bulan bekerja di sini, Cik hani akan diberikan sebuah kereta untuk kemudahan you."
Aku angguk dan terus berpaling ke arah pintu.
Melintasi meja Hazlin, aku berhenti dan pusingkan tubuhku semula ke belakang. Meja Hazlin aku hampiri dan berdiri di depannya.Dia yang sedang sibuk menaip sesuatu,menghentikan jari-jemarinya dari terus menekan papan kekunci.
"Hani..... ada apa? Boleh I tolong?" seolah dapat menggagak yang aku memang memerlukan pertolongan darinya.
"You tahu tak, macamana attire nak pergi jumpa client dengan Encik Shafiq dan Datuk Ammar?"
"Hurmm.... kalau I jadi you, I akan pakai dress cantik-cantik yang seksi. Biar Datuk Ammar terjojol biji mata."
"Ishhh you ni, I tanya seriuslah! Besok malam, I kena temankan Encik Shafiq dan Datuk Ammar dinner dengan client dekat Hotel Melia. Datuk Ammar tu.... ada protokol apa-apa tak?"
"Hehehe.... I main-main jelah. Datuk Ammar jenis cool, tak ada protokol sangat. I rasa you memang jenis "lady", tak jadi masalah langsung. Pakai apa saja cantik je kat badan you. Tapi I cadangkan you pakai blaus dengan seluar panjang. Hati-hati, Datuk Ammar tu kadang-kadang datang angin miang dia jugak. Lagilah dapat keluar dengan perempuan cantik macam you."
"Macam-macamlah you ni. I bukannya cantik sangat pun."
"You cantik la, Hani. Untung boyfriend you. Mesti dia handsome jugak, kan? Sepadanlah dengan you. Nanti, you kenalkanlah boyfriend you tu pada kami, boleh kan?"
"Insya-ALLAH! dia tu pemalu sikit," siapalah lelaki pemalu pasanganku itu, agaknya?
"Alah... alasan je tu. Kedekut eh nak kenalkan pada kami? Don't worry, I kan dah kahwin? Tak kanlah I nak tackle boyfriend you?"
"Bukan pasal tulah! Dia jarang ada dekat KL." Semakin tak keruan hatiku kerana terlalu banyak aku menipu 'sunat' hari ini.