Bab-13

140 5 0
                                    

Kereta Ady Farhan mula memasuki lorong-lorong di Sekyen 5. Aku menunjukkan arah dari satu lorong ke lorong yang lain sehinggalah tiba betul-betul di depan pintu pagar. Ruang tamu masih lagi terang-berderang, menandakan Naemah belum tidur lagi.

"Terima kasih tumpangkan Hani,  jumpa lagi." Aku buka pintu kereta tapi pergerakkan terhalang apabila tangan Ady menyambar pergelangan tanganku yang berlapik dengan lengan panjang. 

"Tunggu sekejap, Hani? Ada benda yang Ady nak tanya."

"Ada apa? Hani dah penat sangat, jarang Hani tidur lewat."

"Kalau Ady nak ajak Hani keluar hujung minggu ni, boleh?

"Entahlah, Hani ingat nak berehat saja kat rumah." Berat sungguh hati ini untuk menerimanya. Baru saja berjumpa, takkan mahu ada pertemuan lagi?

"Tak sudi ke nak keluar dengan Ady? Oh, Ady lupa. Ady ni, siapa kan? kita hanya kawan dan Ady tak bermakna apa-apa buat Hani."

"Buruk tau kalau orang yang dah tua macam Ady merajuk." Aku ketawa kecil. Ketawa yang sengaja melindungi hati yang tak mahu memberikan kerjasama.

"Merajuk pada yang tak sudi. Apa nak buat," keluh Ady dengan begitu kecewa sekali.

"Ady call Hani dulu, tapi... Hani tak boleh janji, tau?"

"O.k. Barulah lega hati ni. Tolong jangan hampakan Ady?"

"InsyaAllah, selamat malam Ady."

"Good night and sweet dreams."

Aku senyum kecil. Ah! macamlah kami ini sepasang remaja yang baru mahu mengenal erti cinta.

Baru aku membuka kunci pintu pagar, pintu hadapan terbuka dengan lebarnya. Naemah dalam pijama tidur berdiri tegak di tengah-tengah pintu. Pintu pagar aku kuncikan kembali dan bergegas masuk setelah kereta Ady berlalu pergi.

"Tu kereta Ady Farhan, kan? Macamana pulak boleh jumpa dia? Kau kata ada dinner dengan client Datuk Ammar?" bertubi-tubi Naemah menyoal dalam satu nafas. Laju macam peluru berpandu.

"Kebetulan, client Datuk tu papa Ady Farhan. Dia pun ada datang sekali tadi."

"Oh kebetulan!" Naemah angkat-angkat kening.

"Kau dah kenapa?" aku buntangkan mata. Geram hatiku melihat senyuman sinis di bibirnya.

"Kebetulan berjodoh sungguhlah korang." Sengih Naemah lagi.
Eiiii.... dia ni kan?  "Kau ni... tak habis-habis lagi nak kenenkan aku dengan Ady. Dahlah, aku nak naik. Nak solat, lepas tu tidur. Penat dan tersangatlah mengantuknya sebab makan banyak tadi."

"Sajalah tu, nak mengelak kalau aku cerita pasal jodoh?"

"Berapa kali aku nak ulang ayat yang sama? Aku tak ready lagi nak bercinta semula. Ady tu pun sama, suka push aku.  Lama-lama nanti takut aku yang naik bosan."

Lantas aku mendaki tangga menuju ke bilikku. Meninggalkan Naemah yang terkulat-kulat mendengar herdikanku. Maafkan aku Naemah! Aku sudah lelah mahu memikirkan pasal jodoh. Berdosa besarkah kalau aku tak punya suami?

#####################

Baru sepicing tidurku, telefon bimbit di tepi bantal berbunyi. Tengah-tengah malam begini makhluk mana la pulak yang mengacau lenaku? Ibu pun tak pernah lagi menelefon waktu-waktu begini. Dada mula berombak gusar. Ada berita tak baik kah yang bakal aku terima?

"Hello... Assalamualaikum!" aku mengucap salam tanpa melihat dulu di skrin.  

"Waalaikumsalam Hani....."
Terus saja kelopak  mata terbuka seluas yang mungkin. Syamsul? Semakin tak sedap hati jika benar ada apa-apa kecemeasan di kampung. Ibu sakit ke? Atau Ijad?

"Syam mengganggu ke?"

"Syam nak apa?" balasku dengan kasar. Tak ada masa untuk aku berbual-mesra dengan satu-satunya lelaki yang aku benci setakat ini.

"Syam nak Hani."

"Apa?" kena rasuk apa, si Syamsul ni?  

"Syam mintak maaf ganggu Hani tengah malam macam ni. Syam telefon nak beitahu pasal Ijad,"

"Kenapa dengan Ijad? Dia sakit ke?" tak sempat Syamsul menyambung ayat, dengan laju aku memintas percakapannya.

"Dua-tiga hari ni, tidur malam Ijad asyik meracau aje. Asyik panggil 'mama'. Dia demam sikit tapi setiap hari dia tanya bila Syam boleh call Hani, mintak Hani balik kampung. Ijad rindu dengan mama dia. Syam pun rindukan Hani." Baris ayat yang terakhir itu walaupun agak perlahan tetap menerjah ke pendengaranku. 

"Esok sajalah Hani telefon ibu. Hani penat sangat ni. Kalau Ijad teruk demamnya, esok tengahari Hani balik rumah ibu. Hani nak sambung tidur." Kalau setakat demam sedikit, tak adalah aku serisau mana. 

"Er... boleh tunggu sekejap? Syam ada banyak benda nak cakap dengan Hani," tak puas lagi mahu berbual agaknya, tapi maaflah! layan tidur lagi bagus.

"Nanti-nantilah Syam. Selamat malam!" aku matikan telefon. Mata yang semakin memberat aku tutup rapat dan sekejap sahaja tidurku lena bertemankan mimpi.

BIAR BULAN BERBICARAWhere stories live. Discover now